Monday, 25 July 2016

Filled Under:

Adi Putra Kahwin Dua Bukan Sebab Zuriat



PELAKON popular, Adi Putra menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia berkahwin kali kedua disebabkan faktor zuriat.

Menurut pelakon berusia 35 tahun itu dia sama sekali tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan keduanya itu.

Memetik laporan Harian Metro Adi berkata, “Kalau cakap tentang zuriat, bagi saya itu anugerah kerana zuriat ini tidak boleh hantar ke bengkel kereta. Kalau kita hantar ke bengkel kereta, dah lama saya buat. Jadi di sini bukan isu tentang zuriat.
“Sebab bayangkan kalau saya duduk sebagai seorang wanita pun, it’s not because of zuriat. Jadi saya tidak ada masalah dengan Aida tentang zuriat. Atau pun menjadi sebab untuk pergaduhan, perselisihan faham. So, it’s not because of zuriat,”katanya.

Adi Putra Kahwin Dua Bukan Sebab Zuriat
ADI PUTRA BERSAMA ISTERI PERTAMA, AIDA YUSOF.

Menurut Adi jika diizinkan Tuhan, dia ingin mengadakan majlis resepsi bagi menguar-uarkan perkahwinan keduanya itu kepada umum.
“Kalau boleh kita nak ada keramaian. Biar saya buat satu persatu dahulu, apa yang harus saya laksanakan. Kena pilih satu dulu, selesaikan satu dulu. Kalau Allah izinkan untuk adakan resepsi, bagi saya kenapa tidak.
“Bagi saya itu perancangan, resepsi ini adalah adat dan budaya. Jadi, saya ketepikan adat dan budaya dulu. Saya laksanakan apa yang harus saya laksanakan dulu,”ujarnya lagi yang mengesahkan tarikh pernikahan keduanya berlangsung pada 20 Jun lalu.
Adi Putra Kahwin Dua Bukan Sebab Zuriat
Adi bernikah kali kedua dengan janda anak satu, yang merupakan seorang pegawai Imigresen.
Gambar majlis pernikahannya menjadi perbualan selepas ia disiarkan di satu portal hiburan tempatan baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC






0 comments:

Post a Comment

babab.net