Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Wednesday, 17 January 2018

'Saya teringat anak dan isteri saya'- Masyarakat sebak selepas baca luahan pekerja buruh ini


Seorang pekerja buruh di China telah menjadi bualan hangat warga netizen di media sosial selepas gambarnya menggunakan khidmat WiFi percuma di stesen kereta api bawah tanah di Shanghai untuk membuat panggilan video kepada isteri dan keluarganya setiap hari.

Ge Yuanzheng, yang berasal dari wilayah Henan, berpindah ke timur China pada bulan Oktober lalu dan bekerja di sektor pembinaan dengan pendapatan 200-300 yuan (RM123-RM184) sehari.

Ge dan rakan-rakan sekerjanya tinggal di asrama pekerja dan semenjak tiga bulan berada di Shanghai, dia belum belum lagi melawat mana-mana tempat yang menjadi tumpuan para pelancong kerana bimbang akan terguna dan terbazir wang gajinya.


Apa yang penting bagi Ge, dia lebih gemar berhubung dengan orang tersayang di kampung. Meskipun berjauhan dari keluarga, Ge tidak menganggap itu satu 'kebebasan' untuk melakukan apa-apa yang disukainya. Sebaliknya dia lebih gemar menggunakan internet percuma yang terdapat dan disediakan di stesen kereta api bawah tanah untuk menghubungi keluarganya.

"Saya tidak mahu membelanjakan wang saya, tetapi saya rindukan rumah dan mahu bercakap dengan keluarga saya," katanya.

Ge berkata, setiap malam antara jam 7-8 malam, dia akan pergi ke stesen tersebut, duduk dan berbual dengan keluarga dan saudara maranya dengan mesra dan selesa.


Awal bulan Januari yang lalu, seorang individu yang berjalan di stesen itu ternampak perbuatan Ge lalu merakam gambarnya dan muat naik ke media sosial.

Gambar tersebut menarik perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi, malah ada yang melahirkan rasa simpati terhadap Ge. Selain itu, ada segelintir netizen mempersoalkan mengapa Ge tidak melanggan internet untuk berbuat demikian agar dia dapat lebih kerap berhubung dengan keluarganya setiap hari.

Apabila isteri Ge yang tidak didedahkan namanya itu ternampak gambar suaminya tersebar di internet, dia kecewa kerana menyangka suaminya terpaksa berjalan jauh ke stesen itu semata-mata mahu menghubunginya (video call) agar dapat memberitahu dia sayangkan isterinya. Namun wanita itu kembali ceria selepas Ge menjelaskan dia baik-baik saja.



Difahamkan, isteri Ge juga turut menggunakan 'WiFi percuma' dari jiran sebelah rumah mereka untuk berhubung dengan Ge.

Pasangan berkenaan mempunyai dua orang anak. Salah seorang anak lelakinya sudah bekerja, manakala anak perempuannya masih belajar untuk menjadi jururawat. Kos pengajian anak bongsu mereka itu adalah sebanyak 30,000 yuan (RM18,469) setahun.

Ge telah merancang, kepulangannya ke kampung bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina akan datang, dia mahu menghadiahkan isterinya sebuah telefon bimbit baru.


Sumber: SCMP, Nextshark



Wednesday, 3 January 2018

Kisah Pasang Kahwin Umur 17 Tahun Jadi Bualan Mulut Orang


Viral di Twitter kisah satu pasangan berkahwin di usia muda membuatkan netizen kagum dengan kesungguhan kedua-dua pengantin baru itu. Mana tidaknya, pengantin lelaki yang berusia 18 tahun sudah mampu berkahwin dengan gadis pilihannya hanya dengan menggunakan hasil titik peluhnya sendiri. 

Difahamkan, masing-masing sebenarnya sudah lama menaruh hati tetapi tidak berani meluahkan perasaan masing-masing kerana bimbang bertepuk sebelah tangan. Tatkala si gadis baru hendak berputus asa dan membuka buku baru, jodohnya itu datang tepat pada masanya. Dan inilah kisah mereka, yang menjadi bualan netizen di Twitter.  

RAMAI yang tak tahu sebenarnya umur Nadya baru 17 tahun. Takdir Allah itu sungguh indah, siapa sangka kami berkawan dan menaruh hati dalam diam dan akhirnya kedua-dua berpisah selama dua tahun. 

Tetapi perancangan Allah itu lebih hebat. Kita sayang seseorang selama dua tahun dan hanya simpan namanya dalam hati. Hari ini Allah tentukan dialah yang menjadi suami dan peneman hati sampai mati. 

Sampai sekarang masih lagi tak percaya. Orang yang pernah kita berharap untuk mencintai suatu masa dulu, telah menjadi milik kita pada hari ini. Siapa tak suka dapat berkahwin dengan crush sendiri. Suka sama suka dalam diam pula tu. 

Walaupun kita suka seseorang dalam diam, tak perlu confess pun tak apa. Doakan yang terbaik. Kalau sudah tertulis dia adalah jodoh kita, kita terima dengan hati terbuka. Allah itu Maha Mendengar dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Alhamdulillah, muka yang tersenyum bahagia inilah yang banyak menyimpan duka selama bertahun dan akhirnya Allah gantikan dengan kegembiraan.

Dulu Nadya pernah berputus asa sebab orang yang kita cinta tak pernah tahu yang kita sukakan dia. Dua tahun kemudian, dia sendiri yang datang kat kita untuk melamar. Thank you Allah. 

Nadya dan Khai kenal sejak 2015. Kitorang just contact as a member. Nadya pun tak tahu dia ada hati dengan Nadya. Disebabkan kedua-duanya malu nak meluahkan perasaan. Kemudian perasaan itu berlalu begitu sahaja selama dua tahun. 

Selama tempoh itulah Nadya ada juga stalk Khai, tetapi tak pernah nak confess sebab malu. Akhirnya rasa dah macam berputus asa dan nak buka terus buku baru. 

Khai buat bussines, dunia ini kecil sangat. Dia WhatsApp Nadya setiap bulan tanya nak ke tak dia ajar nak buat bussiness ke tak. Kalaulah Nadya tahu yang WhatsApp itu adalah Khai, dah lama hati berbunga. Tetapi disebabkan masa itu tak minat nak buat bussines, so abaikan saja WhatsApp itu. 

Sehingga satu masa, terasa nak stalk gambar profile WhatsApp dia. Hati berdebar-debar sebab rupa-rupanya orang yang aku tunggu selama dua tahun tiba-tiba WhatsApp. 

Then kitorang bertemu di satu tempat sebab kebetulan Nadya baru habis job makeup di Bangi. Bangi itu pula tempat tinggal Khai. Nampak tak macam mana jodoh itu nak bertemu masa awal-awla dulu. 

Kitorang rasa awkward tau sebab masing-masing dah besar. Then tanya tentang life. Masa nak balik itu tiba-tiba Khai confess yang selama ini dia menyimpan perasaan pada Nadya. Tak tahu nak jual mahal ke apa sebab takut melepas. So Nadya pun slow talk dengan Khai. 

"Kau jumpa mama aku dulu. Kau ambil hati dia. Kalau kau pandai ambil hati mama, maknanya kau memang akan jaga hati aku dan sayang aku sampai mati," Nadya kata pada Khai. 

Khai punya gembira, malam itu sampai rasa nak jumpa mama Nadya esoknya juga. Hahaha! 



Apa yang Nadya tertarik dengan Khai ini sebab masa kitorang berjumpa pada malam itu, dia terus cakap nak halalkan Nadya. Dia kata, hasil usaha bussines dia selama ini akan jadi lebih bermakna kalau dia gunakan untuk majlis akad nikah Nadya dengan dia. Nadya terharu sangat pada malam itu. 

Malam itu juga selepas bertemu dengan Khai, Nadya ceritakan segala-galanya kepada mama. Mama cakap, inshaAllah mama dapat rasa dia lelaki yang baik. Masa itu juga rasa dunia ini terbalik sebab happy sangat. 

Selepas Khai jumpa mama, then kitorang semua dah rapat bagaikan keluarga bahagia. Khai inilah satu-satunya idola Nadya sebab dialah yang menaikkan semangat Nadya yang ajar supaya jadi seorang yang berjaya dalam usia yang muda. 

Jatuh bangun kitorang dalam bussines hanya Allah yang tahu. Macam mana kitorang balik lambat sampai jam tiga pagi sebab berjumpa dengan client. Bila bussines perlahan sikit, sama-sama ikat perut, menangis senyum bersama-sama. Duduk di kedai mamak sambil berfikir bersama-sama macam mana nak berjaya. 

Nadya pula SPM so struggle macam-macam dalam satu masa. Nak fokuskan belajar dan bussines. Tetapi Alhamdulillah dapat bahagikan masa berkat tunjuk ajar Khai. 

Kalau dapat pasangan yang memahami, yang selalu sabar melayan karenah kita, jangan sia-siakan. Hargai setiap masa yang berharga dengan pasangan kita. Kerana satu yang datang takkan sama dengan seribu yang lain. 

Tak lama kemudian, kitorang ambil keputusan untuk bertunang. Tetapi bila fikir balik rasa macam membazir, so benda yang baik tak perlu ditangguhkan, jadi kami pun bersetuju untuk bernikah. Atas persetujuan parents Nadya dan Khai, kami pilih buat akad nikah dulu. Tahun depan majlis resepsi. 

I'm 17 and officially married! Alhamdulillah, thank you Allah. Tak sangka Nadya dah kahwin hehe!





Ramai yang tanya husband umur berapa. Sebenarnya Khai baru berumur 18 tahun. Tetapi dia memang idola Nadya sebab dia dah boleh menghalalkan Nadya menggunakan hasil usaha titik peluhnya sendiri. 

Khai selalu berpesan, masa muda ini jangan banyak berfikir untuk enjoy. Kita muda banyak tenaga, gunakan tenaga yang Allah beri untuk mencari rezeki. Biar susah sekarang, jangan susah kemudian. Yang penting jaga solat, jaga hubungan dengan ibu ayah dan orang sekeliling. 

Sumber: Nadya
Photographer: Asyraf Musa



' harap maklum kerusi meja di kantin hak pelajar, bukan untuk ibubapa duduk dan layan anak-anak sendiri ye'


Teguran pernah dibuat sebelum ini, namun masih ada ibu bapa yang mengulangi perbuatan mereka iaitu merampas tempat duduk murid di kantin sehingga murid-murid yang lain terpaksa makan berdiri dan paling teruk, langsung tak menjamah makanan ketika waktu rehat. 

Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ini hanya mementingkan anak tekak anak-anak mereka sahaja tanpa memikirkan murid-murid yang lain. Di kala berbangga dengan gambar selfie sedang menyuap anak di kantin acah-acah sweet moment bahagia etc, mereka tidak sedar mereka telah menganiaya murid-murid yang lain. 

Sekali lagi, Cikgu Mohd Fadli Salleh tampil memberikan teguran kepada ibu bapa, berhenti dari terus merampas hak dan menganiaya murid-murid Tahun Satu di kantin. 


TERLIHAT gambar pertama yang dikongsi seorang sahabat, terus menyirap darah ke muka. Aku marah sangat! Banyak kali aku tulis mengenai hal ini sejak bertahun-tahun dulu lagi.

JANGAN AMBIL HAK MURID!

Kerusi di kantin itu adalah hak murid, tempat murid duduk untuk makan. Bukannya tempat untuk ibu bapa duduk dan melayan anak-anak sendiri sehingga murid lain termangu-mangu tiada tempat hendak tuju.

Kes sebegini sudah banyak kali aku hadapi dari dulu lagi. Aku tak pernah segan silu nak 'sound' ibu bapa yang ambil tempat duduk. Dengan nada marah, dengan nada keras aku akan bersuara. Siapa sahaja yang ambil hak anak-anak aku, aku akan sound direct. Nak terasa? Silakan, memang aku harap sangat mereka terasa.

Apa punya manusia tak fikirkan hak orang lain? Tak fikirkan murid lain yang datang tanpa ditemani ibu bapa? Aku sangat marah kerana hal ini berlaku pada aku tujuh tahun lalu. Satu kisah benar yang menimpa aku sebagai guru tahun satu. Aku pernah tulis dulu dan hari ini aku tulis lagi.

Seorang anak yatim, ayahnya sudah lama meninggal dunia. Ibunya pula sakit kanser kalau tak silap dan terpaksa ditahan di wad. Ibu saudaranya yang menjaga budak itu. Dan di hari pertama persekolahan, tanpa sesiapa yang teman, dia terkebil-kebil bersendirian. Berdiri diam di tepi tiang sambil menyaksikan betapa kejam orang dewasa duduk di tempat dia sambil menyuap anak mereka makan.


Waktu rehat tamat, murid itu kelaparan namun tidak sempat makan. Masa dia letak pinggan yang masih penuh tanpa disentuh, baru aku perasan. Aku duduk dan tunggu dia makan. Temankan dia walaupun dia dah kalut nak masuk kelas kerana semua kawan-kawannya sudah bergegas masuk kelas. Dia takut kena marah dengan cikgu, dia rela berlapar kerana risau lambat masuk kelas.

Namun dengan jaminan aku, dia akhirnya akur untuk makan. Aku tunggu sampai dia selesai dan aku hantar dia ke kelas. Itu anak yatim yang kau orang dewasa kejam ambil hak dia.

Kau paparkan gambar bahagia menyuap anak tercinta di kantin, padahal sebenarnya kebahagiaan kau itu meragut hak anak yatim!

Sejak itu, aku memang cukup pantang kalau ibu bapa duduk di kantin waktu murid ramai. Waktu lapang, silakanlah, waktu sesak tak payah!

Kau lihat gambar terakhir, itu gambar ibu bapa murid sekolah aku. Tidak berani mereka duduk mengambil hak murid-murid aku kerana aku berpesan dengan tegas.

"Jangan sesekali duduk di kerusi kantin selagi ada murid masih berdiri mencari tempat duduk. Jika ada ibu bapa duduk, sedangkan murid tercari-cari tempat, aku akan marah," itu yang aku ungkapkan di hari orientasi beberapa hari lepas dan diulangi berkali-kali menandakan aku memang serius tentang hal ini.


Semalam, hari pertama nampaknya semua ibu bapa murid aku faham. Mereka ajar anak mereka membeli, mereka ajar anak mereka menerima baki, mereka suap anak mereka dengan penuh kasih sayang, namun mereka tidak duduk selagi ada murid berdiri mencari tempat.

Tahniah buat ibu bapa murid Sk (1) Gombak atas kerjasama erat ini.

Guru-guru Tahun Satu seluruh negara, sila bertegas dengan hal ini. Jangan biarkan ibu bapa yang tiada perasaan terus menerus ambil hak anak-anak murid kita.

Gambar pertama kiriman sahabat. Sekolah tidak dapat dikenal pasti. Kalau aku tahu pun, aku rahsiakan juga. Ada benda boleh bertolak ansur, ada benda memang kena bertegas.


Sumber: Cikgu Mohd Fadli Salleh



Monday, 25 December 2017

Waterpark Tempat Berak Atau Tempat Mandi? Korang Jangan Pergi Tempat Ni


Jika semalam kita digemparkan dengan sikap segelintir pengunjung yang merosakkan barang-barang pameran dan mengotorkan fasiliti Pusat Sains Negara, hari ini kejadian yang tidak disangka-sangkakan berlaku di sebuah taman tema air di Kuantan, Pahang.

Di musim cuti sekolah ini ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bercuti di beberapa tempat pilihan. Namun ada segelintir ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka agar tidak membuat onar di tempat awam.

Seperti yang didedahkan oleh Hanan Umairah, pengalaman pertama dia pergi ke taman air ini membuatkan dia berasa serik untuk jangka masa yang lama. Lebih mengecewakan, Hanan mendakwa pihak pengurus taman berkenaan seperti acuh tak acuh dengan aduan yang dibuatnya.

MAAF posting agak kotor dengan gambar censored. Tetapi sebagai ibu, saya menyesal sangat-sangat membazir masa dan duit datang ke waterpark ini. Airnya keruh mungkin disebabkan terlalu ramai orang. Itu saya boleh consider lagi, tetapi yang paling tidak dapat diterima, ada tahi di gigi air!


Daripada seketul, kena hempas dengan ombak sampai berkecai. Tiada seorang petugas pun yang datang mencuci pun! Saya nampak saja benda itu, terus angkat anak-anak, bawa keluar dan mandikan bersih-bersih. Tak kiralah mereka masih teruja nak main ke apa, kotor tetap kotor dan saya sebagai ibu tidak akan membenarkan.


Saya langsung tak boleh terima. Sudahlah anak saya macam tertelan-telan air. Sebab itu saya kurang berminat dengan tempat sesak seperti ini. Ya Allah, menyesal yang amat!


Ini pertama kali seumur hidup saya pergi ke taman tema. Ramai saja ibu bapa yang nampak benda itu tetapi buat tak tahu. Kemudian sambung mandi dengan anak-anak. Saya langsung tak faham.


Caj masuk ke taman air ini RM30 seorang (beli baucar melalui aplikasi Fave). Nak rehat, kena sewa pondok dan harganya RM50. Sangatlah tidak berbaloi dan not recommended.


Sayang anak, elakkanlah pergi ke tempat-tempat seperti ini yang mengundang pelbagai penyakit. Beli kolam mandi di rumah lagi baik.


Kami pergi ke pusat khidmat pelanggan untuk buat aduan dan berserta dengan bukti. Pengurusnya cuma kata "Okey, nanti kita usulkan perkara ini kepada management." Fuh, begitu saja?


p/s: Gambar terpaksa ambil juga sebagai bukti. Nanti ada orang kata benda itu coklatlah, ketulan selut ke apa. Nah, tengoklah sendiri.



SELEPAS VIRAL, RAMAI NETIZEN KONGSI POSTING BERKENAAN

Tak sangka pun posting tentang waterpark itu ramai yang kongsi. Siap ada yang komen, 'Jangan sampai si pembuat posting ni kena saman'.


Saman kenapa eh? Saya reka cerita ke? Bersama posting ini, saya dan suami dah pergi buat aduan pada customer service dan manager. Tetapi jawapan dan sikap lepas tangan sangatlah mengecewakan.


Tersengih-sengih katanya 'Petugas kami rehat kot'.


"Takkan terlalu lama mereka berehat? Najis itu bukan sekejap ada di situ. Yang di gigi air sampai hancur. Yang di bilik persalinan sampai dipijak orang. Isu sekarang, tiada pemantauan berkala" balas saya.


"Oo, okey tak apa. Nanti kami usulkan kepada management." itu saja jawapannya.


Dan ada juga yang kata saya tak takut dosa kering. Well, saya kongsi sebab tak nak lebih ramai anak orang lain menjadi mangsa demam virus ke, gatal-gatal badan ke, balik muntah-muntah ke.


Anak-anak saya balik semalam, badan hangat, menggaru, termasuk suami saya. Anak kawan say yang sama-sama pergi ke tempat itu mengalmi cirit birit.


Terpulang, tiada halangan kalau korang masih nak pergi. Dalam posting itu saya cuma cerita tentang najis di gigi air, kan? Sebenarnya semalam di tengah-tengah bilik persalinan pun ada najis lepeng yang dipijak. Bau semerbak harum tak payah cerita. Semua yang salin baju di dalam bilik itu terpaksa hidu.


Kalau korang baca comment, ramai memberi feedback yang sama. Balik-balik anak demam, anak muntah, anak gatal satu badan dan sebagainya.


Tak kisahlah siapa yang membuang, budak ke, orang tua ke. Yang saya kisahkan sekarang kenapa benda itu boleh berada lama di lantai tanpa dicuci sehingga hancur dipijak dan dihempas air?


Management waterpark berkenaan patut mengambil tindakan meningkatkan tahap kebersihan supaya pengunjung berasa lebih selesa dan yang penting selamat untuk seiisi keluarga.


Sumber: Hanan Umairah

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA 
 


Tuesday, 12 December 2017

'Assalamualaikum dik, pam no 4 tu isi minyak kuning 9hinggit 80 sen ye' Kisah 20sen yang menyentuh hati


Ada rezeki yang sudah ditetapkan ALLAH tanpa perlu dicari. Sebahagian orang, sekalipun dengan usaha yang sedikit, dia memperoleh rezeki yang banyak. Kadang-kadang, dia memperolehinya tanpa usaha pun.

Kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini, menarik perhatian netizen sehingga ada yang mengalirkan air mata. Meskipun nilai sedekahnya kecil, tetapi ia amat bermakna buat mereka yang berada di dalam kesempitan/kesusahan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

SEMALAM, aku di stesen minyak, tengah beratur nak bayar. Di depan aku ada tiga orang. Di depan sekali ada seorang makcik berbaju kurung, pakai pouch bag yang agak lusuh, sedang mengeluarkan duit. Dia letak sekeping duit RM5, syilling segadang di atas kaunter. Kemudian dengan muka serba salah dia berkata kepada pekerja itu,

"Dik, Kancil pam 4 tu, isi minyak kuning 9 ringgit 80 sen."

Pekerja itu hanya memandang slow pada makcik itu.

"Erm, lagi 20 sen tak ada ke cik?" soalnya yang juga kelihatan janggal dan serba salah nak bertanyakan soalan itu.

"Tak ada dik. Makcik ada tu je," balas makcik sambil menggelengkan kepala.

Tiba-tiba, out of the blue, mat motor di belakang makcik itu letak RM10 yang ada di tangan dia ke kaunter.

"Nah, ni RM10. Campur 9 ringgit 80 sen makcik itu dah jadi RM19.80," katanya kepada pekerja berkenaan.

Makcik itu terkejut sangat dan mukanya terharu habis. Mat motor itu cuma senyum.

"Tak apa cik, rezeki lebih. 20 sen saya tak ada. RM10 saya ada lebih," katanya membuatkan makcik itu mengalir air mata.

Jadi aku ingatkan dah settle tetapi tiba-tiba seorang lelaki di belakang mereka menyeluk tangan dalam poket seluar jeans dan keluarkan 20 sen, letak atas kaunter.

"Ini 20 sen, cukupkan yang mana tak cukup itu," katanya.

Kemudian mengambil beberapa keping lagi duit dari dompet dan letakkan di atas kaunter.

"Tambah RM30 ni, cukupkan RM50. Minyak Kancil RM50, boleh tahan lama sikit cik," katanya.

Makcik itu sudah tidak mampu menahan, matanya sudah berair. Mulutnya tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih anak, terima kasih anak. Syukur Ya Allah," sambil berjalan ke pam 4.

It was amazing, beyond miracle. Dalam kereta, air mata jantan aku berguguran jatuh. Memang hebat aturan ilahi tentang rezeki.

Aku jadi malu sebab beberapa malam sebelum aku menghadap isteri aku sambil mengadu.

"Dalam empat bulan, habis ranap RM30,000. Susahnya. Rezeki kurang menjadilah nampaknya."

Tetapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan kepada aku tentang rezeki. Malunya rasa hati tetapi Alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yang hebat.

Syukur, terima kasih Allah. 

P/S : Sesungguhnya rezeki itu untuk dikongsi bersama orang lain bukannya dinikmati seorang diri. Semoga kita pun tergolong dikalangan orang yang suka memberi.


Sumber: Wan Mohd Hafiz 


'awal-awal dulu kecil je, pastu anak asyik demam kejap-kejap demam sampai jadi macam ni' luahan seorang ibu


"Ingin saya terangkan di sini bahawa gambar tersebut merupakan gambar anak saya. Tiada langsung saya mengatakan bahawa penyakit anak saya ini disebabkan Aefi. Doktor-doktor pakar dari empat hospital besar pun tiada yang mengaitkan anak saya dengan penyakit ini.

"Alhamdulillah, anak saya dah sihat sepenuhnya. Bagi yang memutar belitkan cerita saya dan jadikan gambar itu sebagai isu buat para antivaksin yang lain, adalah perbuatan yang tidak bermoral. Tiada laporan yang mengatakan benjolan itu disebabkan Aefi." - Siti Amalina Nadia

ASSALAMUALAIKUM warga Info Ibu Hamil (IIH). Semalam ada yang bertanya tentang anak naik ketulan di bawah ketiak. Saya nak kongsi gambar anak saya pula.

Pada mulanya tak besar mana. Ditekan pun, anak tak ada rasa sakit. Tapi saya bawa dia terus ke emergency (hospital). Saya pergi ke empat buah hospital untuk mendapatkan kepastian. Paling takut bila doktor kata berkemungkinan kanser.

Jadi, doktor nak ambil cecair dalam benjolan itu untuk dikaji. Nauzubillahminzalik. Memang tak berhenti-henti berdoa. Semakin lama, anak asyik demam panas on off. Kejap-kejap muntah. Beberapa kali admit wad untuk tambah air.

Last sekali doktor prescribe dia antibiotik. Alhamdulillah, benjol itu menjadi nanah dan dah masak seperti yang ditujukkan dalam gambar ini.



Bawa anak ke hospital dan doktor terus bedung dia, serta bedah. Memang menjeritlah anak. Saya pun rasa macam nak menjerit melihat keadaan anak seperti itu.

Tetapi proses tak lama, lebih kurang dalam setengah jam sahaja. Cuma terasa lama sebab dengar anak meraung. Tetapi memang doktor tak sarankan bius sebab berbahaya untuk kanak-kanak di usianya yang baru setahun lebih. Anak terus sihat dan tiada lagi demam.

Jadi, kalau ada ibu bapa yang perasan anaknya ada benjolan seperti ini tak kisahlah di mana-mana bahagian badan, terus bawa anak berjumpa dengan doktor pakar. Semoga anak-anak kita dilindungi daripada sebarang penyakit. Amin.

P/S - Ibubapa kalau boleh anak-anak sakit segeralah bawa jumpa dengan doktor. Kemudian baru ikhtiar cara tradisional. Sebab doktor lagi tahu penyakit atau virus yang dijangkiti.

 


Sunday, 10 December 2017

'hidup kau dah tak mampu untuk sara aku dan anak, semua tanggungjawab kau serah kat aku, baik aku tak ada suami'


Admin kongsikan cerita ini supaya menjadi pengajaran buat kita samaada yang belum atau yang sudah kahwin. Sesungguhnya alam perkahwinan bukanlah mainan buat kita. Tanpa ilmu didada bergolak sesebuah rumahtangga itu. Share jika anda rasa cerita ini bermanfaat untuk orang lain.

Itulah bahayanya kalau isteri sudah tawar hati. Letaklah apa perisa pun, tetap akan rasa tawar juga. Jangan diuji kesabaran orang yang sayangkan kita. Sebab bila dia dah penat untuk bertahan, dia takkan pandang kita balik.

"Hidup adalah tentang bertahan dan belajar menerima atau pergi serta belajar melupakan. Semoga hidup wanita ini dan anak-anaknya baik saja hendaknya. InshaAllah" - Firdaus Shakirin.

SUAMI aku nak kahwin lain. Aku kata, "Mampu ke? Kahwin la". Dia jawab, "Mampu". Pendapatan suami, RM6,000 dan aku pula, RM5,000.

Selepas dia berkahwin, aku tak nak dah bayar segala kewajipan dia. Aku tak kacau gaji aku. Tetapi dia marah dan kata aku tak nak tolong dia lagi. Malah dia kata aku melampau. Aku jawab, "Kau ikut sunnah, aku ikut kewajipan. Kata mampu, jadi buktikan".

Dia langsung tak mampu. Mana nak tanggung hutang lagi, nafkah aku pun dia dah culas. Hebat betul kan? Aku biarkan semua dahulu. Hebat betul, kan?

Aku biarkan semua dulu. Anak-anak pun dah meluat pada dia, dengan perangai dia yang dah tak tenang di rumah. Anak-anak tak payah ajar, dah pandai menilai. Segala bil-bil rumah dia tak bayar. Sudahnya elektrik dipotong dan rumah jadi gelap. Tak apa, aku suruh anak-anak bersabar.

Aku suruh dia bayar semuanya sekali. Tetapi dia tetap tak nak.

"Jangan kau menyesal wahai suami!"

Dalam diam aku merancang nak pindah ke Sabah, negeriku tercinta. Segala harta aku di sini, aku jual. Aku ada dua buah kereta. Dia bagi salah satu kereta milik aku kepada isteri muda dia. Demi Allah, aku tak redha dia guna harta aku.

Aku minta kereta aku dipulangkan semula. Tetapi dia tak nak.

Aku balik ke Sabah. Bercuti semalam dua minggu sambil menguruskan perpindahan sekolah anak-anak aku. Di Sabah juga, aku tuntut fasakh di Kota Kinabalu.

Selepas dua minggu kemudian, aku balik ke Kuala Lumpur. Dia pulang ke rumah dalam keadaan marah, sebab surat tuntutan fasakh telah sampai kepadanya.

"Kau tak mampu, rumah ini dah kau serahkan segala tanggungjawab pada aku. Baik aku tak ada suami, dengan perangai kau dah begini. Tak apalah, kau kan kebal nak tongkah dosa dunia,"

Aku beritahu semua tentang perpindahan aku dan anak-anak. Dia menangis dan meraung-raung. Tak guna dah menangis wahai suami, dah terlambat. Hati aku dah tawar. Rasa percaya itu mungkin boleh dipupuk, tetapi rasa hormat yang hilang ini tak mungkin kau akan dapat semula.

Aku dah tak nak hormat, setia dan taat kepadamu lagi. Sebab kau yang ajar aku semua itu. Kau tak pernah bimbing aku jadi isteri solehah. Jadi, rumah tangga ini untuk apa?

Bermulalah kerja aku di Sabah. Kami pun sudah berpisah. Bila direnung jauh-jauh, tak pernah sangka akan jadi begini. Zaman ini diorang paksa diri mampu walaupun sebenarnya tidak. Ada hati tolong orang, isteri sendiri pun tak pernah berjemaah.

Selepas berpisah, kereta aku yang digunakan oleh isteri dia, aku suruh pulangkan. Tetapi mereka tak nak. Aku jual pada kawan aku di tempat kerja lama. Aku bagi kunci pendua dan dia pun pergi menuntut kereta itu dan memaklumkan bahawa dia telah membeli kereta itu daripada aku.

Isteri bekas suami aku mengamuk dan dia hantar mesej di aplikasi WhatsApp macam-macam. Aku krik.. krik.. saja. Tak ada faedah.

Tenang hidup aku sekarang, hanya perlu menjaga anak dan diri sendiri. Tak susah pun. Aku bebas ke sana ke mari tanpa perlu meminta izin segala. Aku benci lelaki begitu sebab aku juga adalah mangsa kehancuran rumahtangga ibu dan ayahku. Ayahku yang kejam sampai ke hari tak ada ruang untuk dia di hati aku

 


Saturday, 9 December 2017

'korang jangan makan dekat RNR ini, dah berzaman tutup'


"Saya pernah terkena di RNR di Tasik Raban, Perak, kawasan Lenggong. Siap makan dan solat lagi. Tup-tup muntah bila dapat tahu yang RNR itu sebenarnya sudah lama tutup. Dah naik lalang pokok dah tempat itu," demikian perkongsian individu yang menggunakan nama samaran, Seterus Menerus

Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar tahun 2013 ketika dia dan tiga lagi rakannya dalam perjalanan ke rumah sahabat mereka di Kuala Kangsar.


MASA itu dalam tahun 2013, kalau tak silap. Kami dalam perjalanan nak pergi ke rumah kawan, ada kenduri. Jadi kami berempat melalui Jalan Lenggong itu. Rumah kawan terletak di Kuala Kangsar. Jalan nak pergi ke rumah kawan kami ini boleh tahan juga seramnya.

Dalam perjalanan, kami berempat terasa lapar sangat-sangat. Jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di RNR Tasik Raban. Masa itu, keadaan RNR meriah. Majoriti orang semua dok pakat pakai pakaian putih. Tak terfikir yang bukan-bukan pula pada masa itu sebab kami berempat.


Masa itu jam di tangan menunjukkan jam 8.20 malam. Kami keluar dari kereta dan pergi solat dulu. Selesai solat, kami pun pergilah makan. Suasana pada malam itu memang sejuk. Pengunjung memang ramai dan pemandangan pun cantik. Maklumlah atas bukit, bawa tasik.

Selesai makan, kami pun kekenyangan dan kami menyambung kembali perjalanan ke rumah kawan kami yang sudah tidak beberapa jauh dari RNR itu. Lebih kurang baki dalam tujuh kilometer lagi.

Apabila sampai di destinasi, kawan pun tanya kenapa lewat sampai. Saya pun jawablah,

"Bawak kereta slow-slow. Takut terlanggar babi. Hihihi!"

Kami pun gelak bersama-sama.

"Dah makan ke belum? Kalau belum, jom masuk makan dulu," pelawanya.

"Kami dah makan tadi di RNR Tasik Raban", jawab salah seorang rakan saya.

Kata-katanya membuatkan kawan saya itu tadi terkejut beruk.

"Weh! Biar betul?" soalnya.

"Yela, kami lapar, itu yang singgah." jawab rakan itu tadi.

"Weh! Korang tau tak yang RNR itu dah berzaman tutup. Mana ada kedai buka di atas tu," tegasnya.

"Weh! Jangan main-main!" saya dah mula risau.

"Betul lah! Buat apa aku nak tipu!" tegasnya.

Selepas itu, kami semua muntah-muntah tak ingat. Baunya jangan ditanya. Bau macam bangkai. Bila disuluh muntah-muntah itu, mak aih! Macam ulat-ulat bergerak sana sini. Ya Allah, malam itu semua tak dapat nak tidur dan malam itu juga terus tidur di rumah kawan itu sebab tak boleh nak gerak malam itu juga.


Keesokan harinya, bila kami lalu semula di depan jalan masuk ke RNR Tasik Raban, Ya Allah, memang sungguh RNR itu sudah ditutup. Dah berhutan. Tetapi apa yang kami pelik ialah, jalan nak masuk ke RNR itu dah ditutup dengan bongkah batu besar. Macam mana kereta kami boleh masuk?? Tak masuk akal sungguh.


FOTO RNR TASIK RABAN SEBELUM DITUTUP
kredit: lenggong2lipis.blogspot.com




Semenjak dari peristiwa yang menyeramkan itu, kami lebih berhati-hati. Terpulanglah sama ada korang nak percaya atau tidak.

P/S : Kalau ada cerita seram boleh PM admin dan kongsikan cerita anda bersama kami.


Friday, 8 December 2017

Tuah Anak Cina Pendiam Dapat Perhatian Cikgu Melayu


Netizen memuji tindakan guru ini yang mengambil inisiatif untuk membantu seorang pelajar yang tenang dan tunduk di meja sehingga dia diabaikan oleh guru-guru yang terdesak.Netizen memuji tindakan guru ini yang mengambil inisiatif untuk membantu seorang pelajar yang tenang dan tunduk di meja sehingga dia diabaikan oleh guru-guru yang lain

Usaha demi usaha, pelbagai kaedah pendekatan yang digunakan untuk mengajak pelajar ini berinteraksi dengannya, akhirnya membuahkan hasil dan menemui punca sebenar remaja berkenaan berkelakuan seperti itu.

AKU ada seorang student Cina yang pendiam dan pemalu sangat. Nak dengar suara dia, susah sangat. Nama dia Yip Kah Shzen.

Tengok muka dia dalam gambar ini pun boleh bayangkan dia jenis macam mana, kan? Haha! First masuk kelas 4Einstein, memang tak perasan langsung pelajar ini sebab dia sangat pendiam dan kelas dia pula huru-hara bising gila.





Then bila aku mula nak tanya nama seorang demi seorang dan sampai giliran dia, dia senyap, duduk dan pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya berkali-kali, tak jawab.

Kawan dia kata, "Cikgu, dia memang macam tu. Pemalu."

Okey. Tak apalah. Aku tanya kawan dia, nama dia siapa.

Next class, masa aku mengajar, memang kelas itu huru hara. Nak semak satu-satu memang tak sempat. Cuma yang aku perasa, Kah Shzen ini tak bergerak dan cuma tenung meja. Selepas aku ambillangkah untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja, aku letakkan Kah Shzen di depan, senang nak pantau.

Semenjak itu, aku buat denda tabung untuk siapa yang tak bawa buku dan kalkulator. Setiap kali kelas, aku periksa setiap seorang. Sampai giliran Kah Shzen, dia masih tenung meja. Aku tanya, dia senyap. Aku tanya kawan sebelah dia, selalu macam mana cikgu lain ajar dia.

"Cikgu lain biarkan saja sebab memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja saja," kata rakannya.

Balik ke bilik guru, aku berfikir apa yang perlu aku buat. Aku berjumpa dengan guru kelas dia, a.k.a cikgu matematik dia sebelum ini. Cikgu itu cuma cakap, "Dia memang dah tak boleh buat apa. Biar je, terpaksa abaikan".

Aku rasa macam tak adil buat begitu. Aku ambil langkah tutur dalam bahasa Cina, mungkin dia tak faham bahasa Melayu. Aku tanya mana buku dan kalkulator. Dia menggeleng kepala. Aku tanya, tak bawa ke memang tak ada? Dia jawab perlahan saja dan sepatah, "Tak ada".

Mungkin dia orang susah. Aku nak denda pun tak sampai hati. Tapi kalau tak denda, jadi tak adil pula. Aku pun pergi berjumpa panitia maths. Pinjam buku lebih dan pinjamkan kepada Kah Shzen. Bagi pinjam kalkulator setiap kali kelas.

Aku mengajar seperti biasa. Dalam masa yang sama aku cuba memantau dan cuba bercakap dengan dia. Setiap kali kelas, aku cuba mendekati dia.

Satu hari itu, aku semak buku dia. Rupa-rupanya selama ini dia tulis dan salin setiap calit marker yang aku tulis di whiteboard. Setiap benda. Allah. Semenjak ada buku, homework dia hantar. Apa yang aku suruh, dia buat. Kiranya selama ini bukan dia tak nak buat apa-apa, tetapi dia tak ada bahan.





Sejujurnya kelas dia memang hyper. Kalau kelas lain aku boleh ajar empat perkara dalam satu masa. Tetapi kelas dia, cuma sempat satu sahaja.

Walau bagaimanapun, aku cuba juga mencuri sedikit masa untuk pergi pada dia seorang. Tidak lama selepas itu, bila aku ajar sambil tanya dia, 80% dia boleh jawab dengan betul. Maksudnya dia bukan dung, cuma dia perlukan perhatian lebih dan aku pun teruskan beri perhatian pada dia.

Setiap apa yang aku cakap di dalam kelas, aku akan cakap semula pada dia secara peribadi agar dia tak terlepas.

Satu hari, aku borak dengan guru seni dia. Aku tanya cikgu itu, bagaimana Kah Shzen dalam kelas?

"Oh, dia tu selalu tunduk tenung meja saja dalam kelas. Saya selalu panggil dia tak ada kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu," katanya.

Aku pun tunjukkanlah buku latihan Kah Shzen kepada cikgu itu. Dia terdiam bila tengok buku Kah Shzen yang penuh dengan latihan.

Kah Shzen mula berani nak berinteraksi dengan aku. Dia WhatsApp aku dan tanya tentang pembaris. Terkejut jugalah, tetapi aku happy gila.


Tak kisahlah Google Translate pun, asalkan aku nampak usaha dia. Dia bukan useless.

Aku selalu buat note kat buku latihan dia. Suruh dia senyum sebab memang susah nak tengok dia buka mulut dan senyum. Tapi aku teruskan.

Minggu last aku, kitorang plan nak buat farewell party. Kelas 4 Einstein ini memang banyak sangat beri pengajaran dan pengalaman pada aku. Jadi aku berharap sangat mereka semua datang dan berjumpa buat kali terakhir. Aku pun pergi pada setiap seorang dan tanya mereka datang atau tak.

Sampai giliran Kah Shzen, aku kata, "Saya harap awak datang," sebab dia adalah pelajar yang mengajar aku erti kesabaran dalam mendidik.

Sebelum aku keluar kelas masa tu, kawan dia bagi sehelai kertas dan katanya Kah Shzen yang beri. Aku pun pandang Kah Shzen dan kata 'Xie xie' (Terima kasih). Dia terus tunduk.

Aku buka kertas itu. Dia cuma tulis satu ayat, "Thank you, teacher". Allahu, walaupun nampak ayat itu simple tetapi bagi aku besar maknanya.

Then pada hari jamuan itu, aku dapat rasa yang dia tak datang. Sebab pelajar chinese kan, susah sikit nak approach. Tapi tiba-tiba dia WhatsApp. Happy sangat.


Dan masa seisi bergambar, aku minta dia senyum sebab aku cakap, "Ini last day saya, please give me a smile" and he was trying.


Aku minta setiap seorang bagi ucapan. Sampai turn dia, dia malu-malu. Tetapi dia bercakap!




Okay last, masa nak balik, kawan dia ada buat lawak. Then aku ternampak dia senyum. Aku suruh kawan dia ulang semula. Then dia bagi senyuman yang paling manis. Walaupun dia tak cakap senyum itu untuk aku, tapi aku rasa dah reward diri sendiri sebab tak pernah putus asa.


Thank you Yip Kah Shzen and 4 Einstein sebab bagi saya pengalaman dan pengajaran yang bermakna dalam hidup saya! Will miss you all so much.

Yang baik jadikan pengajaran, yang tak baik jadikan sempadan. Sekian. Lot of love.

Sumber: Amy Mistika
.



babab.net