Ge Yuanzheng, yang berasal dari wilayah Henan, berpindah ke timur China pada bulan Oktober lalu dan bekerja di sektor pembinaan dengan pendapatan 200-300 yuan (RM123-RM184) sehari.
Ge dan rakan-rakan sekerjanya tinggal di asrama pekerja dan semenjak tiga bulan berada di Shanghai, dia belum belum lagi melawat mana-mana tempat yang menjadi tumpuan para pelancong kerana bimbang akan terguna dan terbazir wang gajinya.
"Saya tidak mahu membelanjakan wang saya, tetapi saya rindukan rumah dan mahu bercakap dengan keluarga saya," katanya.
Ge berkata, setiap malam antara jam 7-8 malam, dia akan pergi ke stesen tersebut, duduk dan berbual dengan keluarga dan saudara maranya dengan mesra dan selesa.
Gambar tersebut menarik perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi, malah ada yang melahirkan rasa simpati terhadap Ge. Selain itu, ada segelintir netizen mempersoalkan mengapa Ge tidak melanggan internet untuk berbuat demikian agar dia dapat lebih kerap berhubung dengan keluarganya setiap hari.
Apabila isteri Ge yang tidak didedahkan namanya itu ternampak gambar suaminya tersebar di internet, dia kecewa kerana menyangka suaminya terpaksa berjalan jauh ke stesen itu semata-mata mahu menghubunginya (video call) agar dapat memberitahu dia sayangkan isterinya. Namun wanita itu kembali ceria selepas Ge menjelaskan dia baik-baik saja.
Pasangan berkenaan mempunyai dua orang anak. Salah seorang anak lelakinya sudah bekerja, manakala anak perempuannya masih belajar untuk menjadi jururawat. Kos pengajian anak bongsu mereka itu adalah sebanyak 30,000 yuan (RM18,469) setahun.
Ge telah merancang, kepulangannya ke kampung bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina akan datang, dia mahu menghadiahkan isterinya sebuah telefon bimbit baru.
Sumber: SCMP, Nextshark
0 comments:
Post a Comment