Di musim cuti sekolah ini ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bercuti di beberapa tempat pilihan. Namun ada segelintir ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka agar tidak membuat onar di tempat awam.
Seperti yang didedahkan oleh Hanan Umairah, pengalaman pertama dia pergi ke taman air ini membuatkan dia berasa serik untuk jangka masa yang lama. Lebih mengecewakan, Hanan mendakwa pihak pengurus taman berkenaan seperti acuh tak acuh dengan aduan yang dibuatnya.
MAAF posting agak kotor dengan gambar censored. Tetapi sebagai ibu, saya menyesal sangat-sangat membazir masa dan duit datang ke waterpark ini. Airnya keruh mungkin disebabkan terlalu ramai orang. Itu saya boleh consider lagi, tetapi yang paling tidak dapat diterima, ada tahi di gigi air!
Daripada seketul, kena hempas dengan ombak sampai berkecai. Tiada seorang petugas pun yang datang mencuci pun! Saya nampak saja benda itu, terus angkat anak-anak, bawa keluar dan mandikan bersih-bersih. Tak kiralah mereka masih teruja nak main ke apa, kotor tetap kotor dan saya sebagai ibu tidak akan membenarkan.
Saya langsung tak boleh terima. Sudahlah anak saya macam tertelan-telan air. Sebab itu saya kurang berminat dengan tempat sesak seperti ini. Ya Allah, menyesal yang amat!
Ini pertama kali seumur hidup saya pergi ke taman tema. Ramai saja ibu bapa yang nampak benda itu tetapi buat tak tahu. Kemudian sambung mandi dengan anak-anak. Saya langsung tak faham.
Caj masuk ke taman air ini RM30 seorang (beli baucar melalui aplikasi Fave). Nak rehat, kena sewa pondok dan harganya RM50. Sangatlah tidak berbaloi dan not recommended.
Sayang anak, elakkanlah pergi ke tempat-tempat seperti ini yang mengundang pelbagai penyakit. Beli kolam mandi di rumah lagi baik.
Kami pergi ke pusat khidmat pelanggan untuk buat aduan dan berserta dengan bukti. Pengurusnya cuma kata "Okey, nanti kita usulkan perkara ini kepada management." Fuh, begitu saja?
p/s: Gambar terpaksa ambil juga sebagai bukti. Nanti ada orang kata benda itu coklatlah, ketulan selut ke apa. Nah, tengoklah sendiri.
Saman kenapa eh? Saya reka cerita ke? Bersama posting ini, saya dan suami dah pergi buat aduan pada customer service dan manager. Tetapi jawapan dan sikap lepas tangan sangatlah mengecewakan.
Tersengih-sengih katanya 'Petugas kami rehat kot'.
"Takkan terlalu lama mereka berehat? Najis itu bukan sekejap ada di situ. Yang di gigi air sampai hancur. Yang di bilik persalinan sampai dipijak orang. Isu sekarang, tiada pemantauan berkala" balas saya.
"Oo, okey tak apa. Nanti kami usulkan kepada management." itu saja jawapannya.
Dan ada juga yang kata saya tak takut dosa kering. Well, saya kongsi sebab tak nak lebih ramai anak orang lain menjadi mangsa demam virus ke, gatal-gatal badan ke, balik muntah-muntah ke.
Anak-anak saya balik semalam, badan hangat, menggaru, termasuk suami saya. Anak kawan say yang sama-sama pergi ke tempat itu mengalmi cirit birit.
Terpulang, tiada halangan kalau korang masih nak pergi. Dalam posting itu saya cuma cerita tentang najis di gigi air, kan? Sebenarnya semalam di tengah-tengah bilik persalinan pun ada najis lepeng yang dipijak. Bau semerbak harum tak payah cerita. Semua yang salin baju di dalam bilik itu terpaksa hidu.
Kalau korang baca comment, ramai memberi feedback yang sama. Balik-balik anak demam, anak muntah, anak gatal satu badan dan sebagainya.
Tak kisahlah siapa yang membuang, budak ke, orang tua ke. Yang saya kisahkan sekarang kenapa benda itu boleh berada lama di lantai tanpa dicuci sehingga hancur dipijak dan dihempas air?
Management waterpark berkenaan patut mengambil tindakan meningkatkan tahap kebersihan supaya pengunjung berasa lebih selesa dan yang penting selamat untuk seiisi keluarga.
Sumber: Hanan Umairah
SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment