Thursday, 28 July 2016

Filled Under:

'Aku Dipulau Kawan² Sejak Berkahwin Dengan Lecturer Sendiri...'


Aku seorang perempuan, berusia 21 tahun, pelajar diploma di universiti sekian-sekian nama. Sekarang aku dah semester 6 (akhir). Aku berkahwin dengan lecturer aku sendiri yang umurnya kini 32 tahun. Masa dia kenalkan diri pada student, dia claim yang dia sudah bertunang sebab tak nak student tergedik-gedik pada dia. Tidak dinafikan yang dia memang handsome dan sado pulak tu. Yela, doktor kan. Memang ramai kawan-kawan aku suka pada dia. Hahaha!

Macam mana aku boleh berkahwin dengan lecturer sendiri? Aku pun tak tahu kenapa dalam ramai-ramai student, dia memilih aku. Tak sempat nak bertanya. 

Semasa di dalam kelas, di hari semester pertama masuk universiti, lecturer suruh tulis nama dan nombor telefon memandangkan kami belum lantik ketua kelas lagi bagi memudahkan dia menghubungi sesiapa untuk beritahu tentang kelas. 

Semasa sem pertama, dia suka memanggil nama aku untuk jawab segala soalan-soalan dia dan macam-macam pertolongan yang dia minta. Dia mesej aku beritahu kelas cancel ke, nak belajar topik apa minggu ini bagai. Sedangkan aku bukan ketua kelas. Ketua dengan penolong class pun dia tak mesej. 

Dipendekkan cerita, semasa akhir sem 2, dia mesej aku tetapi bukan mengenai hal kelas. Dia sebenarnya cuba mengorat aku. Masa cuti sem 3 sebelum naik sem 4, dia menawarkan diri untuk menghantar aku balik ke rumah tetapi berhajat. Dia nak kenal dengan mama dan papa. 

Jadi semasa cuti sem sebelum naik sem 5, kami kahwin. Perkahwinan kami ini tiada sesiapa pun yang tahu. Aku, suami dan keluarga kami saja yang tahu. Aku minta dia rahsiakan sebab aku tahu, kalau kawan-kawan kelas aku tahu, mesti mereka akan kata, "senanglah nak dapat markah, kahwin dengan lecturer,". Itu yang aku takut sangat tetapi dia ada beritahu students yang dia dah nak kahwin. 

Bermula dari sini, konflik berlaku. Lepas naik cuti raya aidilfitri hari itu, kawan-kawan kelas aku bercadang nak pergi beraya di rumah lecturer kami. Salah satunya rumah suami aku. Kawan-kawan aku semua beria-ria nak jumpa isteri lecturer mereka ini. aku dah terketar-ketar. 

Tetapi selepas berbincang, suami kata, "Bila lagi nak beritahu kawan-kawan?" memandangkan aku pun sudah berada di sem terakhir. Aku pun bersetuju sajalah. 

Di hari kejadian, aku tak ikut kawan-kawan pergi beraya di rumah lecturer lain. Yela, aku nak masak bagai semua lagi. Hahaha! Aku cuma beritahu kawan-kawan yang aku kena balik rumah, ada hal penting. 

Jadi, setibanya mereka di rumah kami, terbeliak biji mata mereka semua tengok aku yang berdiri di sebelah lecturer kesayangan mereka itu. Dan suami pun ceritalah semuanya pada mereka. 

Masa di rumah kami, kawan-kawan aku semua okay lagi. Tetapi bila balik ke hostel (aku memang duduk hostel walaupun selepas kahwin, balik rumah suami bila hujung minggu saja itu pun kalau tak ada apa-apa aktiviti, aku perasan kawan rapat aku macam tak nak layan aku. Aku dah agak dah perkara seperti ini akan berlaku. Sebelum ini selalu pergi ke kelas bersama, tetapi sejak dari hari itu aku selalu ditinggalkan. Semua tak nak bercakap dengan aku. Aku rasa sedih sangat-sangat bila dah jadi macam ini. Boleh dikatakan setiap hari aku ikut suami aku balik. Yelah, dah tak ada orang nak berkawan dengan aku. 

Bila setiap hari balik rumah, lagi macam-macam mereka bercerita tentang aku di dalam kelas. Aku tak bagi suami aku sentuh tentang kami. Suami aku nak jumpa kawan-kawan aku dan beritahu mereka elok-elok tetapi aku tak izinkan. Nanti semakinlah mereka mengata aku macam-macam. 

"Mentang-mentanglah kahwin dengan lecturer, mengada-ngada," 

Tetapi nak buat macam mana? Dah mereka semua tak nak dengar penjelasan dari aku. Semua lari dari aku. Tak apalah. 

Jadi kepada semua, kalau ada kawan-kawan yang berkahwin dengan lecturer sendiri, percayalah lecturer ini jujur orangnya walaupun aku isteri dia. Dia tidak pernah beritahu aku yang dia nak buat pop quiz ke, soalan exam apa yang keluar, exam keluar tajuk apa semua. Aku pun tak pernah sentuh kertas-kertas kerja suami aku. 

Malah di rumah pun, kami tak bercerita tentang hal kelas sebab suami kata tak adil untuk students dia yang lain walaupun aku isterinya. - Syada





0 comments:

Post a Comment

babab.net