Tuesday, 9 August 2016

Filled Under:

Damailah Engkau DiSana Sayangku-Itulah Nada Lubuk Hati Seorang Tunangan Orang Yang Kematian Bakal Suaminya.


Setelah hampir 6 bulan bergelar tunangan orang dan masa untuk diijabkabulkan, wanita ini terpaksa menerima hakikat bahawa insan yang disayangi telah pun pergi buat selamanya dalam satu kemalangan jalan raya.
Mangsa yang merupakan seorang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut apabila motosikalnya merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan berhampiran R&R Tapah.
Tiada siapa yang mahukan perpisahan namun semuanya sudah tertulis. Berikut luahan tunang allahyarham.

Assalamualaikum sayang

kkk
Assalamualaikum sayang. Moga kita berjumpa di sana. In Sha Allah. Dan ucapan terima kasih pada yang mendoakan. Alhamdulillah semuanya dah selesai.
Terima kasih skn TUDM Kuantan dan yg lain2. Minta maaf salah silap dia dan sy minta halalkan makan minum hutang dia. Moga dia ditempatkan bersama orang beriman. Aamiinn.

Moga tenang awak di sana

Screen Shot 2016-08-09 at 1.01.59 AM
Mangsa yang bertugas di Markas Tentera Udara, Kuala Lumpur dikatakan tidak menyedari sebuah lori yang mengalami kerosakan berhenti di lorong kecemasan. Ketika itu mangsa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Ipoh.
Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten Komisioner, Som Sak a/l Din Keliaw berkata hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah kecederaan parah di bahagian kepala.
Screen Shot 2016-08-09 at 1.06.24 AM
uh
Screen Shot 2016-08-09 at 1.08.05 AM
Salam takziah buat tunang dan keluarga allahyarham.
Sumber : Farah Wahidaah





0 comments:

Post a Comment

babab.net