Monday, 15 August 2016

Filled Under:

'Dulu Malas Study, Tapi Lepas Masuk U Jumpa.....


Lumrah mana-mana student bila masuk Universiti akan lebih rajin apabila mereka sedar yang diri mereka perlukan ilmu.

Adik saya pandai, pandai jenis yang boleh menghafal buku sekali page, yang tak gabra langsung kalau dia tak capai sasaran. Tak kejar gred langsung, rileks sangat. Pemalas ya rabbi, saya hairan macam mana dia boleh score. Bila masuk universiti, kami masuk sekali. Kira aku lambat sikit. Tetapi baru saya perasan cara adik saya ini. 

Mindset dia, dia tak memaksa diri untuk belajar. Pernah hampir-hampir gagal tetapi dia boleh senyum dan cakap,

"Sorry, tak sempat nak study."

Tak sempat kepala hotak, malam sebelum exam, jam 10 malam dah tidur. Tak sempat apanya? 

"Saya tak mampu nak study last minute. Saya tak nak saya hanya ingat untuk jangka masa yang pendek, dan selepas exam semuanya lupa habis. In the end, apa yang kita dapat?

"Kalau setiap sem ajar diri study last minute, nanti grad setakat sijil, tak tahu belajar apa, lupa habis. So, start study dari awal. Bila dah dekat exam, buat revision saja. Kalau tak sempat, tak sempatlah. Tak payah tension," katanya. 

Punyalah rileks adik saya ni, kental hati dia. Satu bilik study sebab esok nak exam, tetapi dia boleh tidur lena?

Sem pertama dia tak banyak study. Dia lebih banyak bertanya pada senior, lecturer sana sini, macam mana nak score, cara di universiti macam mana. Banyaklah soalan-soalan dia tanya. Dia study environment di sini dulu, sangat membantu sebenarnya. 

Setiap hari dia akan belajar, 15 minit pun jadilah. Kadang-kadang langsung tak sentuh buku, dia hafal sambil menyanyi, berlakon konon-kononnya dia lecturer, atau menyibuk di bilik sebelah discuss semula apa yang dia belajar tadi. Kiranya dia banyak study in group. Dia study tak pernah lebih dari sejam, sebab itulah agaknya aku tak pernah nampak dia study dan tak pegang buku. 

JAGA HATI

Adik saya tak bercinta, tak tengok drama cinta. Kalau tengok pun, kadang-kadang saja. Itu pun kalau dia nak melepak dengan aku.

"Drama cinta Melayu ini dekat dengan culture kita. It can be me or you, sebab itu saya malas nak tengok, takut terikut-ikut," katanya. 

Kalau keluar tengok orang dating pegang sana sini, mata dia pandang ke bawah. Selalu istigfar, mulut selalu menyebut Allah, selalu beringat. Dia cantik orangnya, berjalan di mana-mana saja mesti ada orang yang pandang. Banyak juga lelaki yang cuba mengorat dia tetapi cara dia simple sangat. Nak kenal, terus berkahwin boleh. Kalau setakat nak berkawan buang masa, tak payah. 

JAGA MAKAN

Adik tak makan fast food, segala junk food semua. Maggi pun setahun sekali agaknya kalau dia dah malas sangat nak beli makanan. Selain itu dia tak makan organ dalaman seperti limpa dan hati. Tak makan asam dan banyaklah pantang makan dia. Kiranya dia hanya makan makanan yang sihat sahaja. Senaman juga tidak tinggal, habis malas dia buat squat dalam bilik. 

ADAB

Adab dengan guru, dia tak pernah lambat dan prepare sebelum masuk kelas. Selalu salam dan berterima kasih pada lecturer. Tak ponteng kelas tanpa sebab, selalu teruja nak masuk kelas. Mungkin sebab dia ini memang malas, jadi dia akan pastikan dia faham apa yang diajar dalam kelas sebab dia tidak mahu study benda yang sama bila dah balik ke bilik. 

HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Bab lain saya tak tahu sebab saya tak nampak. Yang saya nampak, adik solat awal waktu, selalu buat dhuha. Kalau dia study dan susah nak faham, dia baca Quran sehelai kemudian sambung semula study. 

Selain itu, dia tidak pernah berkira tentang duit. Pernah sekali saya marah pada dia sebab dia dermakan RM50. Padahal itu saja duit yang dia ada. Tetapi, seminggu itu, ada saja rezeki dia. Macam menyesal pula aku marah dia. 

HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

Yang aku nampak, dia jaga kawan-kawan, senang menolong kawan, kawan-kawannya semua orang baik-baik. Malah dengan orang tua juga dia beradab, adakalanya dia pun kelihatan seperti orang tua bila bersembang. 

Dulu saya nampak dia malas, degil semua ada. Pernah juga saya berasa iri hati dengannya, kenapa dia nampak senang belajar. Tak ada benda yang senang, kalau niat kita betul inshaAllah Allah akan permudahkan semua. Satu saja saya doakan untuknya, doa semoga jodoh dia tak lambat sangat. Tengok gaya dia, macam tak ada perasaan langsung. 

Sebelum nak jealous dengan orang pandai, periksa dulu apa yang mereka buat, apa yang kita tak buat. - Kakak UIA





0 comments:

Post a Comment

babab.net