KUALA LUMPUR - "Edrus minta maaf mak, Edrus minta ampun sangat-sangat. Nanti Kalau Sempat Edrus datang tidur dengan mak ya," demikian kata-kata Noor Amila Edrus Norsham, 5, kepada ibunya, Siti Nursharmilla Tengku Hanafiah, pada Aidilfitri yang lalu.
Berkata kepada wartawan Harian Metro, Siti Nursharmila, 46, tidak menyangka luahan maaf dari anak lelakinya itu yang dibuat bersungguh-sungguh kerana tidak dapat bermalam di rumahnya di Kepong pada Hari Raya pertama rupanya menjadi pertemuan terakhir mereka berdua.
Anak sulung daripada dua beradik itu tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara, dilaporkan hilang pada 11 Ogos lalu. Mayat mangsa ditemui di kawasan semak Kampung Kemensah Hulu Kelang, jam 12:30 tengah hari tadi.
"Hari Raya pertama itulah kali terakhir saya bertemu dengan Edrus," katanya di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur tak henti-henti menyeka air mata sambil dipujuk oleh saudara maranya, yang sebelum itu rebah sejurus keluar selepas mengecam mayat anaknya.
"Dia memang pantang dengar azan, dia akan terus pergi ke surau atau masjid untuk solat jemaah," kata ibunya lagi.
Bapanya, Norsyam Jali, 63, menyifatkan Edrus sebagai anak istimewa kerana dia begitu berminat pergi ke surau atau masjid sejak berusia 4 tahun.
"Dia juga pandai mengaji dan amat rapat dengan saya," katanya.
0 comments:
Post a Comment