Kata orang Fattah sudah pun “move on” dan menerima ketentuan takdir dengan hati yang terbuka.
Jelas Fattah, beliau enggan mengenangkan perkara itu lagi kerana tidak mahu ia terus berpanjangan.
Tiada yang boleh saya perkatakan tentang hubungan kami. Kalau cakap lebih-lebih nanti akan berpanjangan dan menjadi kecoh. Lebih baik saya berdiam diri.
Timbul juga pelbagai spekulasi dan kontroversi mengenai percintaan mereka yang rata-rata mengatakan ia berpunca daripada kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka. Namun, semua itu masih lagi menjadi teka-teki kerana Fattah dan Sherry masing-masing mengunci mulut mengenai perpisahan mereka.
Hampir tiga tahun Fattah dan Sherry menyulam cinta, tetapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri. Doakan yang terbaik buat mereka berdua.
0 comments:
Post a Comment