Hilangnya rasa malu apabila manusia mula berbicara soal dalam kain. Tambahan pula perempuan yang penuh dengan sifat pemalu.
Mengetahui Adira sedang berbadan dua, Datin Red sering berkongsi pelbagai tips kehamilan dengan penyanyi tersebut dari segi pemakanan dan penjagaan emosi ketika hamil.
Saya tahu dia mengandung ketika sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres. Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama.Pada masa yang sama, Datin Red mendedahkan suaminya Dato Red turut meminta agar beliau hamil semula kerana mahu beliau sama-sama merasai pengalaman hamil dengan madunya Adira.
Walaubagaimanapun, Datin Red merasakan ia bukanlah waktu yang sesuai untuk beliau kembali hamil.
Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali. Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung.
Berbicara mengenai dirinya yang semakin dikenali kerana kisah rumah tangganya dan kehidupan bermadu dengan Adira, Datin Red akui ialah salah satu perkara baru yang beliau harus terima didalam hidupnya meskipun beliau sebenarnya tidak pernah mengejar populariti.
Sebenarnya saya tidak mahu dikenali, tetapi memang tidak sangka. Bila keluar berita baru-baru ada yang mahu bergambar dengan saya. Mereka memberitahu saya adalah seorang wanita yang kuat dan sebagainya. Tetapi bagi saya, itu semua adalah aturan hidup yang perlu saya lalui.
Kalau hendak menambah anak itu, ia sebenarnya diluar kuasa seseorang manusia. Semuanya bergantung kepada rezeki dan kita hanya mampu merancang sahaja. Biarlah Datin Red rehat dahulu. Susah hendak jaga hati dua orang wanita yang mengandung serentak.
0 comments:
Post a Comment