Mana tahan kalau tak kahwin dah la keduanya duda dan janda. Apa-apapun tahniah diucap kepada pasangan ini.
TANGGAL 31 Ogos ini, bakal mengukir sejarah terindah dalam hidup pelakon Ana Dahlia.
Ini kerana, pada tarikh tersebut dia bakal diijabkabulkan bersama lelaki pilihan hatinya, Ashraf sekali gus menamatkan zaman solonya.
Berita gembira itu turut disahkan oleh tuan empunya badan sendiri, Ana.
Menurut Ana, majlis pernikahan itu akan dilangsungkan kira-kira 10 pagi di sebuah hotel di Taiping, Perak. Manakala, majlis persandingan pula akan berlangsung malam.
“Biarpun pernah naik pelamin, perasaan gementar itu normal.
“Saya berdoa semoga baik-baik saja nanti. Ketika ini pun ada banyak benda hendak difikir dan diselesaikan.
“Sebagai wanita, saya juga berharap mempunyai zuriat. Semoga ia diperkenankan… Insya-Allah,” katanya kepada BH Online.
Ana sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan chef selebriti, Chef Riz pada 11 Disember 2011 namun berpisah setahun selepas itu. Manakala Ashraf adalah duda beranak tiga
Ashraf merupakan anak pengarah drama, Datuk Jurey Latiff. – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment