Kerana berpakaian sedondon Emma digosipkan couple dengan artis baru nazri.
PELAKON Nazrief Nazri, 25, mengakui dirinya tidak menyimpan sebarang perasaan cinta terhadap Emma Maembong dan dia juga tidak mempunyai niat untuk menganggu hubungan Emma bersama Kamal Adli.
Tambahnya, dia hanya mengenali Emma dengan lebih rapat sejak menjalani penggambaran bersama menerusi drama Nasi Minyak Kuah Cinta.
“Saya baharu sahaja mengenali Emma dengan rapat sejak kami berlakon bersama dalam Nasi Minyak Kuah Cinta. Sebelum ini kami hanya bertegur sapa di majlis hiburan.
“Memang saya serasa berlakon bersamanya, tetapi tiddak terfikir untuk bercinta atau mengambil kesempatan terhadap hubungan Emma dan kamal. Saya tidak nafikan, memang dia seorang yang mudah mesra dan cantik,” katanya kepada mStar Online
Sebelum ini Nazrief dan Emma juga dilihat hadir ke majlis rumah tersuka bersama-sama sambil menggayakan pakaian dengan warna sedondon.
“Sebelum ke rumah terbuka itu kami masih lagi menjalani penggambaran dan ke majlis tersebut secara berasingan. Emma dengan pembantu dia dan saya dengan pembantu peribadi saya.
“Sampai di majlis itu baru perasan baju kami agak sedondon dan ia secara kebetulan bukan dirancang. Jadi alang-alang kami berjalanlah sekali,” ujarnya.
Tambah Nazrief, dia tidak begitu mengenali pasangan kekasih tersebut dan tidak mengikuti perkembangan mereka. -MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment