Wednesday, 17 August 2016

Filled Under:
,

" Zila Ini Kawan Kami, Perangai Dia Ne..." Luahan Mawi Dan Ekin


Mawi dan isterinya, Ekin melahirkan rasa simpati dengan rakan baik mereka, Zila Seeron, yang ditahan kerana disyaki berkhalwat dan pada masa sama mempunyai masalah rumahtangga dengan suaminya, Along Raja Lawak.
Mawi dan isterinya hanya mampu mendoakan kesejahteraan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keempat itu.
Ini komennya:
“Saya dan Ekin turut simpati dengan apa yang berlaku. Bagi saya, ia adalah perjalanan hidup masing-masing.
“Sebagai kawan, saya dan Ekin akan terus mendoakan Zila dan Along,”
Mawi berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kejadian yang menimpa Zila memandangkan beliau dan isteri ialah sahabat baik kepada wanita itu. Malah, Zila turut bekerja di butik pasangan terbabit.
Rumah tangga Zila dan Along yang sudah berusia enam tahun berantakan dan mereka sedang dalam proses perceraian. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki bernama Ahmad Danial, 5 tahun.
Sementara itu ditanya adakah beliau mahupun Ekin akan terus membenarkan Zila bekerja dengan mereka selepas kes berkenaan, kata Mawi: “Tak tahu pula selepas kes ini. Dia (Zila) tolong Ekin seminggu sekali saja di butik. Semalam pun dia ada berhubung dengan Ekin,” ujarnya.





0 comments:

Post a Comment

babab.net