Tolong beranak lagi sayang!
Saya dulu main order saja nak anak 11 orang dari isteri saya. Kononnya
nak cukupkan kuota satu pasukan bola sepak bila semua dah besar nanti.
Tetapi bila dah tengok sendiri kesusahan isteri menjaga anak dan
berhadapan dengan risiko bersalin, saya jadi termenung sendiri.
Risiko bersalin ini bukan main-main. Memang melibatkan kesakitan dan
nyawa. Silap haribulan boleh melayang tanpa amaran awal. Seperti yang
terjadi pada kes kematian Julia Fransiska Makatey di Manado, yang
menggemparkan Indonesia suatu ketika dulu.
Julia Fransiska Makatey | Foto - Google Images |
Arwah meninggal ketika proses melahirkan walaupun sebelum itu arwah
sihat walafiat sahaja. Arwah mulanya sudah ada tanda-tanda nak bersalin,
tetapi selepas 8 jam menunggu, masih tiada perubahan dan janin pun
sudah mula menunjukkan tanda-tanda fetal distress. Lalu para doktor
memutuskan untuk lahirkan secara pembedahan.
Semasa pembedahan, darah hitam keluar daripada potongan pertama. Itu
menandakan oksigen dalam darah arwah sudah makin berkurangan.
Alhamdulillah bayi dapat dikeluarkan dan semuanya kembali tenang.
Tiba-tiba keadaan arwah semakin teruk, saturasi oksigen semakin
berkurangan dan akhirnya arwah diisytiharkan meninggal 20 minit selepas
pembedahan itu dilakukan.
Bila dibedah siasat, rupanya arwah mengalami emboli udara. Emboli udara
itulah yang mengganggu peredaran darah di tubuh arwah. Emboli itu
dijumpai di ruang jantung sebelah kanan arwah. Kes ini betul-betul
membuatkan saya tersentap seketika. Bila pandang muka isteri, saya jadi
sayu saja.
Sekarang ini saya sudah faham. Saya dah faham, kenapalah seorang wanita
ini sangat mudah untuk masuk syurga. Cukup buat kewajiban agama dan taat
pada suaminya. Dulu saya pelik dan rasa tak adil, namun sekarang saya
sudah sedar. Kesanggupan mereka berdepan dengan risiko kematian dalam
menjadi penyambung mata rantai zuriatlah yang menyebabkan martabat
seorang perempuan diangkat tinggi oleh Tuhan!
p/s: Saya Taufiq Razif bukan suami yang terbaik tapi saya berusaha
menjadi suami yang terbaik untuk isteri saya. Apa pun, saya respect
kepada semua yang bergelar ibu. Anda sememangnya golongan yang hebat!
0 comments:
Post a Comment