Sunday, 20 August 2017

Filled Under:

Gadis Misteri Viral Kini Identiti Di Dedahkan Umum


Baru-baru ni viral seorang gadis China cantik yang comot mengangkat simen di laman sosial. Wartawan pun mula buat siasatan dan terkejut bila dapat tahu identiti sebenar gadis tersebut. Subhanallah. Jom baca dan kongsikan.


VIRAL GADIS CANTIK JADI BURUH KASAR


Jarang kita dapat melihat seorang gadis sanggup menjadi buruh kasar dan bekerja dengan pekerjaan yang dimonopoli oleh golongan lelaki. Perkara ini berlaku di China.


Ramai rakyatnya yang bekerja keras melakukan kerja berat dengan upah yang sangat murah.


Tidak hairan sekiranya golongan lelaki di sana sanggup bekerja keras dengan menjadi buruh kasar. Tetapi apabila seorang gadis muda melakukan pekerjaan buruh kasar dan berat, ia sesuatu yang jarang dan luarbiasa.


IDENTITI SEBENAR GADIS COMOT


Selepas viral gambar gadis cantik comot angkat simen jadi buruh kasar, wartawan pun menjalankan siasatan dan terkejut apabila mengetahui identiti sebenar gadis tersebut. Gadis muda ini bekerja sebagai seorang pengangkat simen untuk menyara kehidupannya yang datang dari keluarga yang miskin dan susah.


Gadis muda dari pendalaman China ini mempunyai takdir dilahirkan dari keluarga petani yang telah tua dan susah. Ibunya melahirkan gadis ini sewaktu umurnya sudah mencecah umur lebih dari 40 tahun. Setelah gadis ini membesar , ibu bapanya yang tua sudah tidak berupaya untuk bekerja kuat dan menyara gadis ini dengan sempurna.


Untuk meringankan beban keluarganya , gadis ini telah mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pengangkat simen yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki. Kerja ini dilakukan setiap kali cuti semester dari pengajiannya di universiti.


Upah yang didapati dari kerja ini bukan sahaja akan dapat membiayai yuran pengajiannya malah dapat diberikan kepada ibu bapanya yang sakit dan tua di kampung.


Melihat kekuatan dan ketabahannya mengangkat beg simen yang berat itu pasti mengundang rasa sayu di hati. Tambahan kerja itu amat sukar dan kotor. Wajahnya dipenuhi debu simen dan menjadi comot. Dapat dibayangkan bagaimana kuat hatinya menahan berat satu beg simen dibelakang badannya dengan berulang alik dari lori ke kedai yang memesan simen-simen tersebut.


Gadis ini melakukan pekerjaan masa cutinya ini setiap hari dengan bermula dari awal pagi mengikut lori dengan timbunan beg-beg simen seberat 50kg setiap satu dan mengangkatnya turun apabila sampai ke lokasi pesanan. Semua dilakukan sehingga ke waktu petang dengan senyuman dan semangat kental.


Gadis ini begitu cekal mengharungi hidupnya yang agak sukar. Setelah membersihkan wajahnya yang comot dan berdebu itu terlihat rupa parasnya yang cantik dan ayu. Gadis cantik ini mempunyai hati yang sangat tabah dan cekal membuatkan dia kelihatan bertambah cantik.


IBU BAPANYA MULA TAHU PEKERJAAN SAMPINGANNYA


Suatu hari gadis yang cantik ini mendapat panggilan telefon dari ibubapanya yang baru mengetahui pekerjaan gadis ini yang disembunyikan dari pengetahuan ibu bapanya. Mereka berasa terkejut dan tidak dapat menahan sebak lalu menangis mengenangkan nasib anak gadis kesayangan mereka terpaksa mencari rezeki dengan menjadi buruh kasar.


Gadis ini serta merta menenangkan ibu bapanya dengan mengatakan dia hanya bekerja sementara dan akan mencari pekerjaan lain selepas ini. Selepas ibubapanya tidak lagi berasa risau , gadis ini meletakkan telefon dan dengan tidak dapat menahan perasaannya lagi, dia menitiskan air mata. Walaupun menunjukkan ketabahan di luar , hatinya kadangkala berasa lemah terutama apabila mengenangkan ibubapanya yang tua itu.


Tiada siapa yang dapat membayangkan mahasiswa yang cantik dan berhati tabah begini boleh melakukan kerja buruh kasar yang berat.


HASIL SUSAH PAYAH


Menurut gadis ini , walaupun kerjanya amat berat, dia amat berpuas hati kerana bolehmendapat upah purata RM130.00 seharidengan bekerja selama dua bulan. Dengan itu , dia boleh berbelanja untuk makanan dan minumannya serta yang penting dapat menyimpan bagi membayar yuran pengajiannya di universiti kelak dan memberi sedikit wang kepada ibu bapanya.


Gadis muda yang cantik ini tidak berasa malu untuk bekerja keras untuk membiayai kehidupannya walaupun dengan keadaan yang sukar.


Kini dia berdepan dengan cabaran dan kesusahan yang sementara. Tidak mustahil dengan usahanya yang gigih dan berhati cekal di samping ilmu yang sedang dipelajarinya, gadis muda ini akan mempunyai masa depan yang cerah dengan kehidupan yang lebih senang dan selesa kelak.


Sumber: Khalifah Mail Online




0 comments:

Post a Comment

babab.net