Wednesday, 13 September 2017

Filled Under:

Gempar Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri






















Rentetan daripada tekanan perasaan yang dialaminya, penyanyi Elizabeth Tan mendedahkan bahawa, beliau nyaris mahu membunuh diri.

Dedahnya, perasaan itu dialaminya sejak beberapa bulan yang lalu, hinggakan beliau seolah-olah menjadi seperti orang yang hilang akal

“Ia kisah yang sangat panjang untuk saya ceritakan, tapi apa yang boleh saya beritahu, ketika itu saya mengalami tekanan dalam hidup saya,” petik laporan Astro Gempak.

Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy, 23, berkata, pelbagai masalah yang turut dihadapinya dalam satu masa, menyebabkan beliau hampir bertindak mahu ‘mencabut nyawa sendiri’.

“Saya tertekan dengan beberapa siri kehidupan yang saya alami ketika itu termasuk masalah percintaan, peribadi, keluarga dan agama.

“Saya juga terfikir untuk menamatkan hidup saya waktu itu kerana saya rasa seperti sudah tiada tujuan hidup, Saya hilang akal hingga tidak mengenali diri saya,” katanya lagi.

Lizzy ditemui selepas majlis pelancaran single terbaharunya berjudul ‘Darling’ yang berlangsung di Warner Music Malaysia, Selasa.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana tersedar dan tidak meneruskan niatnya untuk membunuh diri.

“Mujur saya ada keluarga terutama ibu yang sentiasa memberi semangat dan sokongan serta menerima saya dengan baik, walaupun saya pernah melakukan kesalahan besar.

“Saya bersyukur kerana sempat berfikir secara rasional dan segera sedar,” katanya lagi.

Lizzy sebelum ini mengakui hubungan cintanya dengan seorang ahli perniagaan terputus disebabkan orang ketiga.

Hubungan cinta mereka hanya dapat bertahan lebih kurang enam bulan sahaja.




0 comments:

Post a Comment

babab.net