Thursday, 14 September 2017

Filled Under:

Noh Hujan Sedih Bila Soal Bab Anak, Realitinya Dah 6 Tahun Kahwin Dia Belum Timang Cahaya Mata


Noh Salleh merupakan vokalis kumpulan indie, Hujan yang pernah popular satu masa dulu.

Noh kemudian berkahwin dengan penyanyi bertaraf antarabangsa Mizz Nina. Kini pasangan secocok ini sudah 6 tahun berkahwin.

Namun belum ada rezeki, pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Berbicara tentang hal ini, Noh Hujan memberitahu hati lelakinya akan terusik dan berasa ingin menangis apabila soalan "bila nak dapat anak".

Noh berkata, dia sentiasa berdoa dan akan menantikan rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.

Ini komen Noh Hujan:

"Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak.

"Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya,"

Diimbas kembali, pasangan ini bertunang selama 8 bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina.

Majlis pernikahan dilakukan di rumah keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampangdan dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pada pukul 10.20 malam, Jumaat, 1 Julai 2011.

Pada majlis perkahwinan Noh Hujan & Mizz Nina, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.

Ia kemudiannya dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.



Sumber : berita memey




0 comments:

Post a Comment

babab.net