SEKINCHAN, SELANGOR - "Habis anak kucing kami dipotong-potong," demikian Shakila Desmond yang mengesyaki anak kucing milik abangnya, Putra Amed, dibunuh dengan kejam oleh jirannya.
Gambar yang dimuat naik sejak jam 10 malam semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa geram dengan perbuatan individu yang tidak berhati perut itu.
"Masalah kalau ada jiran yang gila, sakit mental. Anak kucing pun nak dibunuh. Habis anak kucing kami dipotong-potong. Kalau ye pun tak suka kucing, tak perlu seksa," katanya.
"Hari itu lagi bodoh perangai dia. Dia ambil kucing dan direndam dalam tong sampah berisi air sampai pagi. Orangnya waras, anak isteri semua waras. Tetapi masing-masing suka menyeksa," katanya.
Difahamkan hanya tiga ekor anak kucing yang tinggal dan Shakila tidak tahu kepada siapa dia hendak melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan jirannya itu. Dalam masa yang sama, Shakila bimbang jika tiga ekor anak kucing mereka itu akan menjadi mangsa yang seterusnya.
Ekoran kejadian itu juga, abang Shakila telah menghantar tiga ekor anak kucingnya itu ke rumah ibunya kerana bimbang akan keselamatan haiwan berkenaan.
Sementara itu, Putra Amed berkata, dia terkejut apabila menemui separuh badan dan sebahagian kaki anak kucing yang diletakkan di depan pintu rumahnya, membuatkan dia berasa sedih dengan kejadian yang menimpa kucing kesayangannya itu.
"Sedih sangat. Anaknya cantik-cantik. Mata semua biru. Yang mati itu yang paling gemuk dan comel. Kalau benarlah ini perbuatan orang, harap Allah tunjukkan balasannya nanti," katanya.
Sehingga ke waktu itu, belum ada sebarang perkembangan terbaru dari Shakila dan Putra. Namun netizen berharap dua beradik berkenaan segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.
0 comments:
Post a Comment