WISCONSIN, AMERIKA SYARIKAT - Seorang wanita disyaki telah membunuh anak lelakinya berusia 4 tahun yang juga menghidap autisme, didakwa telah mengikat mangsa dengan tali pinggang dan membakarnya sehingga mati, di kediaman mereka di Milwaukee, lapor KTLA5.
Amelia Di Stasio, 23, didakwa telah membunuh anaknya, Antonio Di Stasio, 4, dalam keadaan mangsa tidak berdaya untuk melawan mahupun melepaskan dirinya.
Dalam kejadian pagi 28 September lalu, pihak bomba menerima laporan dari orang awam yang ternampak asap keluar dari rumah dua beranak itu dan lalu bergegas menghantar pasukannya ke lokasi kejadian.
Anggota bomba yang masuk ke dalam rumah tersebut menemui mayat mangsa dalam tab mandi dengan keadaannya yang sudah tidak bernyawa dan mengalami kesan terbakar yang teruk. Malah tangan mangsa diikat di belakang, badannya turut diikat dengan beberapa tali pinggang dan plastik sampah di atas kepalanya.
"Hampir keseluruhan badannya terbakar," kata jurucakap bomba.
Siasatan awal mendapati, mangsa telah dibakar dengan sengaja dengan menggunakan cecair mudah terbakar. Siasatan di tempat kejadian juga menemui sebotol minyak canola dalam sinki bilik mandi tersebut.
Seekor guinea pig yang telah mati lemas dalam sangkarnya juga ditemui di sebelah tab mandi. Malah alat pengesan asap kebakaran juga telah dicabut dan direndam dalam air.
Laporan bedah siasat mendapati, mangsa telah diikat dengan tujuh tali pinggang. Beg plastik juga telah diletakkan di kepalanya dan disimpul dengan ikatan di belakang kepala.
Salah seorang saksi memberitahu, si ibu dan anak lelakinya itu baru saja berpindah ke rumah itu dua bulan yang lalu. Saksi juga mendedahkan, wanita ibu tidak begitu gemar bercampur dan berkawan serta kerap menyendiri.
Pada hari kejadian itu juga, saksi terdengar bunyi hentakan yang kuat dari rumah mereka.
Seorang lagi saksi berkata, dia ternampak seorang wanita melompat keluar dari tingkap kediaman itu pada hari kejadian.
Amelia Di Stasio bagaimanapun telah berjaya ditahan sehari selepas kejadian pembunuhan itu.
Pegawai penyiasat memeriksa telefon bimbit wanita itu mendapati, suspek pernah membuat pencarian 'bagaimana nak membunuh kanibal" pada 28 September dan juga melayari forum khas untuk permainan online "Horror Survival Game" di mana pemainnya perlu berlawan dengan kanibal.
Dalam forum itu juga menyatakan secara terperinci bagaimana caranya untuk membunuh kanibal dalam permainan itu. Pemainnya disarankan membunuh kanibal dengan menggunakan api dan kanibal suka mandi minyak.
Jika didapati bersalah, Amelia akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Bapa Amelia, Ralph Di Stasio berkata, anaknya itu mengalami masalah mental dan tidak menyangka wanita itu sanggup membunuh anaknya sendiri.
0 comments:
Post a Comment