Apa yang nak aku tuliskan ini, jadikan lah sebagai pengajaran buat semua lelaki di luar sana yang bergelar suami. Kisah ini mungkin menyayat hati bagi yang masih ada ‘hati’.
Hari ni genap 67 hari arwah isteri aku meninggal. Dan selama 67 hari ini juga aku tak henti henti menangis di atas pemergian isteri yang paling aku sayang. Bukan aku tak redha, cuma aku rasa seperti tak lepas.
Seperti ada sesuatu yg belum selesai antara kami. Dan malam ini, aku terjaga bukan kerana tangisan baby yg minta disusukan, tapi kerana seakan terdengar dengar tangisan arwah. Allahu..aku tak kuat.
Aku dah berkahwin selama lebih kurg 3 tahun setengah dengan isteri. Kami kahwin muda. Seawal usia aku 20, dan isteri 19. Di awal perkahwinan, semuanya indah belaka. Aku sgt mencintai isteri sehingga langsung tak boleh berjauhan dengan nya.
Sampai kadang kadang bila kena oustation, aku menangis rindukan dia pada waktu malam (aku bekerja di company milik family, dan dia belajar di ipts dekat dgn rumah) .
Pergi ke mana saja, aku akan bawa dia bersama. Hatta keluar isi minyak atau beli top up pun dia akan merengek nak ikut. Isteri aku mmg manja org nya dan type of overly attached wife. Tapi aku tak rimas, malah aku suka.
Kami memang sangat rapat. Tambahan pula kami bercinta lepas nikah. We explore everything together. Bila dia cuti sem, aku akan bawa dia berjalan mana dia nak pergi.
Isteri aku cantik orgnya. Bukan aku puji sebab dia isteri aku, tetapi sebab semua orang pun cakap perkara sama.
Bila keluar, kalau isteri aku melaram mesti ada je mata yang duk pandang pandang. Memang aku sakit hati, tapi aku pujuk diri dengan cakap takpelah, dia milik aku skrg. Lagipun aku tahu isteri aku mmg jenis sangat tidak melayan.
Bercakap dengan lelaki pun kurang. Dulu masa nak pikat hati dia pun ambil masa berbulan baru dapat kenal. Dia seorang yang sopan, dan menutup aurat dengan sempurna.
Dari awal kahwin, sehingga hampir setahun, aku rasa sangat senang dengan arwah. Kalau boleh, aku nak ada dekat dengan dia je 24jam. Bila ada kerja luar, aku akan settlekan cepat dan berkejar nak balik rumah.
Namun bila masa berlalu, tanpa aku sedar aku makin banyak berubah. Tanpa aku sedar, arwah makan hati dalam diam. Aku makin jauh dengan dia.
Aku sibuk dengan kerja luar, sehingga aku rasa seronok berada di luar berbanding di rumah bersama isteri. Kadang kadang, aku cari je apa yang boleh aku settlekan di luar rumah sebab aku bosan stay dekat rumah.
Sepanjang perkahwinan, mmg aku langsung tak pernah keluar kalau bukan bersama arwah. Apa lagi nak lepak malam malam dengan kawan lama. Sampai laa suatu masa aku join macam macam club kereta dan motor.
Makin banyak alasan aku nak jumpa kawan itu dan kawan ini. Mula mula arwah diam , lama lama dia mula merungut yang dia bosan di rumah kesorangan.
Tapi aku tak peduli pun. Kadang kadang dia menangis sebab kecil hati dengan aku. Tapi setiap kali dia menangis bila bergaduh atau berkecil hati, aku tak pernah pedulikan dia. Sedar sedar dia dah tertidur dengan air mata kat pipi.
Ye, aku tahu aku suami yg jahat. Aku biasakan dia dengan layanan seperti seorang puteri, kemudian aku ragut semuanya . Dari seorang suami yang cukup lembut, aku berubah menjadi seperti seekor singa bila bergaduh.
Aku akan ignore dia. Aku akan cakap kasar kasar dengan dia. Tangan aku mula pandai sentuh badan dia (itu kalau dia yg mulakan dulu). Sampai kadang kadang aku rasa mcm jodoh aku dengan dia dah takde.
Kami kerap bertengkar. Dan kebanyakannya berpunca dari sikap dia yang terlalu kuat cemburu. Tapi itu dulu, masa dia hidup. Bila dia dah pergi, baru aku sedar.
Dia bukannya cemburu buta tetapi dia mahu aku jadi suami yg soleh. Dia mahukan yg terbaik untuk dunia dan akhirat aku. Allah, berdosanya aku.
Aku mengaku, aku memang susah nak jaga mata. Bila keluar berdua, dan ada perempuan cantik yg melintas depan kami mesti mata aku akan terpesona tgk kecantikan perempuan tu. Padahal isteri aku ada kat sebelah. Dan isteri aku pun sangat cantik.
Tapi aku tak pernah sedar semua tu. Bagi aku biasa lah tu lelaki mmg suka tgk perempuan cantik. Aku tak tahu yang isteri aku sedih dengan sikap aku tu. Arwah selalu tegur. Tapi aku buat tak tahu je.
Sampai satu masa arwah dah tak tegur lagi, mungkin dia dah penat dengan perkara sama. Aku memang tak tahu bersyukur. Aku tak pernah rasa cukup dgn apa yg aku adaa. Sedangkan arwah dah cukup segalanya
To be honest, aku juga sukar jaga mata dari pandang perkara haram. Kadang kadang aku terlajak layan video porno. Tapi arwah tak pernah tahu.
Sampai la satu hari masa dia mengandung 3 bulan, aku kantoi. Masa tu dia sedih sgt, sampai dapat migrain dan kena admit ward sebab pre eclampsia .
Aku risau sgt pasal baby masa tu. Dan it was the last time aku tgk mende keji tu. Aku dah bersumpah pada diri sendiri yg aku takkan tonton lagi umpan syaitan tu.
Aku tak tahu kenapa, isteri aku halal untuk aku datangi bila bila masa tetapi pelacur di website itu juga yg aku nak tengok. Sedangkan tubuh isteri lebih cantik dari semua tu. Aku hina. Aku memang pendosa
Mulai hari tu, aku tengok isteri rajin bangun solat malam. Aku tahu, dia mengadu kepada Allah perihal aku. Aku tahu, dia bangun untuk doakan kebaikan bagi aku. Itupun semua aku tahu lepas dia dah pergi. Lepas dia dah meninggal. Lepas dah terlewat semua nya.
Seminggu lepas dia meninggal, aku kemas luggage pakaian dia. Dan aku terjumpa satu buku tebal. Aku ingatkan buku nota study dia. Rupanya dalam tu penuh catatan diari dia dari mula kahwin dengan aku sampai la hari terakhir sebelum di admit ward untuk give birth.
Aku baca semua. Air mata aku tumpas. Akurasa masa tu aku nak pergi gali semulaa kubur arwah aku nak peluk dia, aku nak cium dia, aku nak minta maaf aku nak minta ampun. Aku banyak dosa dengan dia.
“Abang, kenapa abg tengok semua tu. Sayang kan ada kalau abg berhajat? Mungkin sayang tak mengiurkan macam pelakon pelakon dlm video lucah tu. Syg minta maaf kalau syg tak pandai layan abg, sampai abg cari kepuasan melalui cara tu.
Ya allah, kau berilah hidayah pada suami aku. Abang, semoga Allah pelihara abang dari pandangan haram ye. Moga hati dan iman abg kuat ye. Takpe, syg tolong doakan abang setiap malam dan di setiap sujud syg. ”
” Cemburunya tengok abg duk pandang pandang perempuan tu tadi. Mmg la cantik. Tapi syg dah usaha habis baik nk bagi cantik jugakk bila keluar dgn abg
Sehelai demi sehelai lembaran tu aku belek. Dari sekecil kecil hingga ke sebesar besar hal dia ceritakan semua dalam buku tu.
Baru skrg aku sedar , aku kurang beri perhatian pada dia selama ni. Dan ada satu luahan dalam buku tu ingatkan aku pada satu detik masa awal kehamilan arwah.
“Abang abang! Rasaa ni baby gerakk la! Aku emmm emm je. Mata asyik duk hadap hp. Bosan dgr dia merengek, aku alih tangan letak atas perut dia. Tapi mata masih lekat di skrin telefon.
Dan segala kesedihan tu dia luahkan dalam buku tu. Memang aku dengar dia menangis malam tu tapi aku tak peduli pun. Mmg aku tak pernah nak pujuk kalau dia menangis. Apatah lagi nak tanya kenapa. Allahu.. kejam nya aku. Aku tak pernah peduli apa dia rasa.
Banyak yg aku baca dalam diari arwah. Patut laa dia dapat pre eclampsia (high blood prssure during pregnancy) . Padahal umur baru setahun jagung dan ini first baby. Rupanya banyak yg dia stress dan fikir pasal aku.
Selama ni tanpa aku sedar, dia byk hide semua post di fb yg nengandungi unsur tak baik atau gmbr perempuan seksi. Betapa dia nak jaga dan nak bantu aku jadi baik.
Jahatnya aku. Memang aku tak pernah ada perempuan lain. Tapi aku seksa perasaan dan emosi dia. Dari apa yg aku baca, dia seolah menjadi sgt paranoid, memikirkan apa yg aku lihat di hp berkait dengan perempuan seksi, perempuan lain, atau tidak.
Aku tak salahkan dia. Ini semua salah aku. Aku tak pernah fikir perasaan dia. Aku anggap semua remeh, semua kecil. Sedangkan dia menanggung derita yg besar.
Aku ingat lagi beberapa hari sebelum dia admit ward utk bersalin. Sewaktu dia nak turun beli makanan, dia sempat bergurau. Abang, rindu laa nak dengar abang ckp “awak jalan elok2 tau.
Kalau ada org kacau, jerit nama abg kuat2”. Mmg dulu aku sangat lembut dan romantik dgn dia. Tapi aku xtahu mana semua tu pergi. Bukan arwah tak pernah cakap yg dia rindu aku yang dulu. Tapi aku tak pernah peduli.
Sekarang, semua dah takde. Yang tinggal hanya kenangan. Kenangan yang tak boleh mengembalikan apa apa. Dan arwah tinggalkan aku bersama zuriat kami. Nur amsya imani.
Wajah iras sangat dengan arwah. Setiap kali aku pandang wajah anak syurga ini, setiap kali tu wajah arwah terbayang di mata. Allah..macam mana aku nak lalui hari hari mendatang.
Sungguh, aku sunyi. Dan sekarang baru aku faham erti sunyi yg isteri aku cakapkan selama ni bila stay dekat rumah sorang diri. Patut laa selama ni dia tak pernah tidur, dan tunggu aku balik walaupun tengah malam. Rupanya dia tak dapat tidur bila aku takde kat sblh
Aku dah hilang segalanya. Aku dah hilang isteri solehah yg sentiasa doakan kebaikan aku. aku dah hilang isteri yg selama ni jadi penguat aku. Abang rinduu nak naik motor dengan awak, sayang.. mcm awal kahwin dulu.
Pukul 1 pagi awak ajak round taman. Abang rinduu nak gurau dengan awak. Balik laa sayangg.. abg janji abg tak keluar dengan kawan dah. Abang janji abang tak hadap hp 24jam dah. Abang janji abg xpandang perempuan lain dah. Abang janji :(.
Menangis lah air mata darah pun. Arwah takkan kembali. Aku takde apa nak pesan banyak banyak. Tapi ambil laa kisah aku sebagai pengajaran. Tolong laa ambil sebagai pengajaran. Jangan sampai semua terlambat, baru kau nak menyesal. Aku menyesal. Menyesal. Menyesal.
The post Suami Terjumpa Dairi Arwah Isteri, Saat Dibaca Kandungan Diari Tersebut, Suami PITAM !!! appeared first on KITA VIRAL.
0 comments:
Post a Comment