Friday, 20 October 2017

Filled Under:

Sejuk Hati Bila Tengok Foto Isteri-Isteri Engku Emran Berpelukan


Beberapa minggu yang lalu, perkahwinan antara pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan Engku Emran menjadi tajuk utama media dua negara Malaysia dan juga Indonesia.
Sememangnya  Laudya Cynthia Bella merupakan pelakon yang amat popular dengan followernya mencecah 19.2 juta.
Umum mengetahui, Engku Emran merupakan bekas suami kepada pelakon popular Malaysia, Erra Fazira. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan, Aleesya hasil perkahwinan mereka.
Sebelum berkahwin, Engku Emran telah memperkenalkan Laudya Cynthia Bella kepada Erra Fazira demi anak mereka bernama Aleesya.
Hubungan antara Erra Fazira dan juga Laudya Cynthia Bella dilihat baik baik sahaja malah Erra Fazira sendiri menyukai personaliti Laudya Cynthia Bella yang dilabelkannya sebagai seorang yang amat lembut.
Melalui perkongsian terkini, Erra Fazira ada memuatnaik gambar bersama Laudya Cynthia Bella  dan juga Aleesya.
Mereka bertoga dilihat berpelukan ketika bergambar. Melalui caption, Erra Fazira mengucapkan terima kasih kepada Laudya Cynthia Bella kerana membuatkan anaknya itu bahagia.
Ini fotonya:
Ini caption Erra Fazira:
“Bahagia melihat kalian bahagia. .
Bonda jemput Aleesya.. sorry mom belum bsiap tp sempat jugak nak bphoto.. tq bonda @laudyacynthiabella for making our princess happy..”
Melalui ruang komen rata-rata para follower menyukai dan memuji kedua-dua wanita ini berbaik-baik. banyak komen ditulis dari peminat Malaysia dan juga Indonesia.
Malah yang kelakarnya ada menulis Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella seperti adik dan juga kakak.
ini antara komen yang ditulis di foto berkenaan:
-“Strong woman I love u kak Erra
-“Sejuk hati nampak mom, bunda and aleesya ,bahagia selalu ye kak bella
-“Bahagianya lihat kalian
-“wanita-wanita yg hebat, lembut, cantik dan baik hatinya ibu Erra,
-“Alahai syahdunya tengok gmbar ni..demi anak..
-“Much love for Erra Bella and Aleesya. Semoga ukhwah yg terjalin sentiasa utuh. Aleesya ikut muka mom sangatttt. Erra Jr.
-“Suka lihat yang begini, saling menyayangi
-“How lucky you are Aleesya for having two sweet n beautiful mummies in this world.
-“Sejuk mata memandang, Cantiknya semua
-“Macam adik dengan kakak
Betullah kata para followwer, memang sejuk mata memandang mereka berdua ini. Semoga hubungan kedua dua mereka baik selalu hendaknya.





0 comments:

Post a Comment

babab.net