Monday, 9 October 2017

Filled Under:
,

Viral Ini Komen Agnez Isu Video Klipnya


Tidak perlu waktu yang lama, video klip terbaru itu menjadi trending nombor lapan di Youtube dengan hanya 20 jam memperoleh 1 juta tontonan dan sehingga kini mencecah 10 juta.
Biarpun masih tidak dapat menandingi video klip Taylor Swif Look What You Made Me Do, tetapi angka lapan masih dianggap terbaik kerana sudah setanding antarabangsa.
Dalam video tersebut Agnez terlihat menggunakan busana yang begitu menampakkan tradisi Indonesia tetapi diserlahkan dalam konsep yang moden.
Agnez tampil seksi dengan kain batik Indonesia yang tampak mewah. Padanan warna hitam dan emas membuatnya tampak glamor dengan cara yang tradisional.
Menurut Agnez dia ingin menjunjung tinggi budaya Indonesia tetapi dengan gaya moden supaya dapat diterima seluruh dunia.
Agnez juga berkata sengaja mencampurkan unsur tradisional dan moden dalam klip video terbarunya itu.
“Saya memang teringin mencampurkan unsur moden dan tradisional. Attitude tetaplah harus, walaupun tradisional, tapi ada dagger. 
“Jadi sebab itu dalam klip video ini antara realiti dan fantasi boleh menjadi satu kan. Either fancy or reality, ” ujar Agnez.
Bagaimanapun, klip video itu mendapat kritikan oleh kerana gerak tari Agnez yang cukup berani dan ghairah.
Ada juga yang mengkritik video tersebut seolah-olah ‘Porn story’. Rata-rata berkata inginkan Agnez yang seperti dulu yang tidak terlalu seksi.





0 comments:

Post a Comment

babab.net