Friday 20 October 2017

Filled Under:

Pelik Dan Hairan Seorang Lelaki Meninggal Jatuh Tingkat 5 Asrama Perempuan


Padang Besar : Sungguh tragis apa yang berlalu pada Syed Mohammad Mamdooh Wafa,22, dia maut tragis jatuh dari tingkat 5 bangunan asrama wanita UniMAP.
Mengikut sumber mangsa merupakan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), kematian nya pada pukul 1.30 pagi itu mengundang misteri.
Ramai yang terkejut apa yang berlaku, mengikut insan-insan yang mengenali Syed, arwah insan yang sangat baik dan disenangi rakan-rakan.
Mereka berharap doa yang baik-baik buat arwah apa yang berlaku sungguh tragis, sumber mengatakan mangsa ke sana untuk berjumpa teman nya yang tidak dapat pulang bercuti sempena hari Depavali.
Sehingga lah dia dijumpai terlentang kaku di bawah bangunan terbabit dengan tragis, akhbar melaporkan seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima Kolej Kediaman Kampus Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Uniciti Alam, Sungai Chucuh di sini awal pagi hari ini.
Mangsa yang berusia 22 tahun dan berasal dari Perak itu ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat bawah kediaman pelajar wanita oleh pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.30 pagi hari ini.
Menurut sumber, pengawal keselamatan memeriksa lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan beberapa pelajar yang terdengar bunyi seperti objek terhempas.
“Difahamkan mangsa yang menuntut di sebuah universiti awam di Selatan Semenanjung Malaysia ke kolej berkenaan untuk berjumpa rakannya yang tidak dapat pulang bercuti sempena perayaan Deepavali,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian trajis itu.
Semoga roh Syed dicucuri rahmat tidak disangka ajal nya sebegitu semoga roh nya dicucuri rahmat dan keluarga nya tabah. Al fatihah





0 comments:

Post a Comment

babab.net