Tuesday, 12 December 2017

'awal-awal dulu kecil je, pastu anak asyik demam kejap-kejap demam sampai jadi macam ni' luahan seorang ibu


"Ingin saya terangkan di sini bahawa gambar tersebut merupakan gambar anak saya. Tiada langsung saya mengatakan bahawa penyakit anak saya ini disebabkan Aefi. Doktor-doktor pakar dari empat hospital besar pun tiada yang mengaitkan anak saya dengan penyakit ini.

"Alhamdulillah, anak saya dah sihat sepenuhnya. Bagi yang memutar belitkan cerita saya dan jadikan gambar itu sebagai isu buat para antivaksin yang lain, adalah perbuatan yang tidak bermoral. Tiada laporan yang mengatakan benjolan itu disebabkan Aefi." - Siti Amalina Nadia

ASSALAMUALAIKUM warga Info Ibu Hamil (IIH). Semalam ada yang bertanya tentang anak naik ketulan di bawah ketiak. Saya nak kongsi gambar anak saya pula.

Pada mulanya tak besar mana. Ditekan pun, anak tak ada rasa sakit. Tapi saya bawa dia terus ke emergency (hospital). Saya pergi ke empat buah hospital untuk mendapatkan kepastian. Paling takut bila doktor kata berkemungkinan kanser.

Jadi, doktor nak ambil cecair dalam benjolan itu untuk dikaji. Nauzubillahminzalik. Memang tak berhenti-henti berdoa. Semakin lama, anak asyik demam panas on off. Kejap-kejap muntah. Beberapa kali admit wad untuk tambah air.

Last sekali doktor prescribe dia antibiotik. Alhamdulillah, benjol itu menjadi nanah dan dah masak seperti yang ditujukkan dalam gambar ini.



Bawa anak ke hospital dan doktor terus bedung dia, serta bedah. Memang menjeritlah anak. Saya pun rasa macam nak menjerit melihat keadaan anak seperti itu.

Tetapi proses tak lama, lebih kurang dalam setengah jam sahaja. Cuma terasa lama sebab dengar anak meraung. Tetapi memang doktor tak sarankan bius sebab berbahaya untuk kanak-kanak di usianya yang baru setahun lebih. Anak terus sihat dan tiada lagi demam.

Jadi, kalau ada ibu bapa yang perasan anaknya ada benjolan seperti ini tak kisahlah di mana-mana bahagian badan, terus bawa anak berjumpa dengan doktor pakar. Semoga anak-anak kita dilindungi daripada sebarang penyakit. Amin.

P/S - Ibubapa kalau boleh anak-anak sakit segeralah bawa jumpa dengan doktor. Kemudian baru ikhtiar cara tradisional. Sebab doktor lagi tahu penyakit atau virus yang dijangkiti.

 


Sunday, 10 December 2017

'hidup kau dah tak mampu untuk sara aku dan anak, semua tanggungjawab kau serah kat aku, baik aku tak ada suami'


Admin kongsikan cerita ini supaya menjadi pengajaran buat kita samaada yang belum atau yang sudah kahwin. Sesungguhnya alam perkahwinan bukanlah mainan buat kita. Tanpa ilmu didada bergolak sesebuah rumahtangga itu. Share jika anda rasa cerita ini bermanfaat untuk orang lain.

Itulah bahayanya kalau isteri sudah tawar hati. Letaklah apa perisa pun, tetap akan rasa tawar juga. Jangan diuji kesabaran orang yang sayangkan kita. Sebab bila dia dah penat untuk bertahan, dia takkan pandang kita balik.

"Hidup adalah tentang bertahan dan belajar menerima atau pergi serta belajar melupakan. Semoga hidup wanita ini dan anak-anaknya baik saja hendaknya. InshaAllah" - Firdaus Shakirin.

SUAMI aku nak kahwin lain. Aku kata, "Mampu ke? Kahwin la". Dia jawab, "Mampu". Pendapatan suami, RM6,000 dan aku pula, RM5,000.

Selepas dia berkahwin, aku tak nak dah bayar segala kewajipan dia. Aku tak kacau gaji aku. Tetapi dia marah dan kata aku tak nak tolong dia lagi. Malah dia kata aku melampau. Aku jawab, "Kau ikut sunnah, aku ikut kewajipan. Kata mampu, jadi buktikan".

Dia langsung tak mampu. Mana nak tanggung hutang lagi, nafkah aku pun dia dah culas. Hebat betul kan? Aku biarkan semua dahulu. Hebat betul, kan?

Aku biarkan semua dulu. Anak-anak pun dah meluat pada dia, dengan perangai dia yang dah tak tenang di rumah. Anak-anak tak payah ajar, dah pandai menilai. Segala bil-bil rumah dia tak bayar. Sudahnya elektrik dipotong dan rumah jadi gelap. Tak apa, aku suruh anak-anak bersabar.

Aku suruh dia bayar semuanya sekali. Tetapi dia tetap tak nak.

"Jangan kau menyesal wahai suami!"

Dalam diam aku merancang nak pindah ke Sabah, negeriku tercinta. Segala harta aku di sini, aku jual. Aku ada dua buah kereta. Dia bagi salah satu kereta milik aku kepada isteri muda dia. Demi Allah, aku tak redha dia guna harta aku.

Aku minta kereta aku dipulangkan semula. Tetapi dia tak nak.

Aku balik ke Sabah. Bercuti semalam dua minggu sambil menguruskan perpindahan sekolah anak-anak aku. Di Sabah juga, aku tuntut fasakh di Kota Kinabalu.

Selepas dua minggu kemudian, aku balik ke Kuala Lumpur. Dia pulang ke rumah dalam keadaan marah, sebab surat tuntutan fasakh telah sampai kepadanya.

"Kau tak mampu, rumah ini dah kau serahkan segala tanggungjawab pada aku. Baik aku tak ada suami, dengan perangai kau dah begini. Tak apalah, kau kan kebal nak tongkah dosa dunia,"

Aku beritahu semua tentang perpindahan aku dan anak-anak. Dia menangis dan meraung-raung. Tak guna dah menangis wahai suami, dah terlambat. Hati aku dah tawar. Rasa percaya itu mungkin boleh dipupuk, tetapi rasa hormat yang hilang ini tak mungkin kau akan dapat semula.

Aku dah tak nak hormat, setia dan taat kepadamu lagi. Sebab kau yang ajar aku semua itu. Kau tak pernah bimbing aku jadi isteri solehah. Jadi, rumah tangga ini untuk apa?

Bermulalah kerja aku di Sabah. Kami pun sudah berpisah. Bila direnung jauh-jauh, tak pernah sangka akan jadi begini. Zaman ini diorang paksa diri mampu walaupun sebenarnya tidak. Ada hati tolong orang, isteri sendiri pun tak pernah berjemaah.

Selepas berpisah, kereta aku yang digunakan oleh isteri dia, aku suruh pulangkan. Tetapi mereka tak nak. Aku jual pada kawan aku di tempat kerja lama. Aku bagi kunci pendua dan dia pun pergi menuntut kereta itu dan memaklumkan bahawa dia telah membeli kereta itu daripada aku.

Isteri bekas suami aku mengamuk dan dia hantar mesej di aplikasi WhatsApp macam-macam. Aku krik.. krik.. saja. Tak ada faedah.

Tenang hidup aku sekarang, hanya perlu menjaga anak dan diri sendiri. Tak susah pun. Aku bebas ke sana ke mari tanpa perlu meminta izin segala. Aku benci lelaki begitu sebab aku juga adalah mangsa kehancuran rumahtangga ibu dan ayahku. Ayahku yang kejam sampai ke hari tak ada ruang untuk dia di hati aku

 


Saturday, 9 December 2017

'korang jangan makan dekat RNR ini, dah berzaman tutup'


"Saya pernah terkena di RNR di Tasik Raban, Perak, kawasan Lenggong. Siap makan dan solat lagi. Tup-tup muntah bila dapat tahu yang RNR itu sebenarnya sudah lama tutup. Dah naik lalang pokok dah tempat itu," demikian perkongsian individu yang menggunakan nama samaran, Seterus Menerus

Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar tahun 2013 ketika dia dan tiga lagi rakannya dalam perjalanan ke rumah sahabat mereka di Kuala Kangsar.


MASA itu dalam tahun 2013, kalau tak silap. Kami dalam perjalanan nak pergi ke rumah kawan, ada kenduri. Jadi kami berempat melalui Jalan Lenggong itu. Rumah kawan terletak di Kuala Kangsar. Jalan nak pergi ke rumah kawan kami ini boleh tahan juga seramnya.

Dalam perjalanan, kami berempat terasa lapar sangat-sangat. Jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di RNR Tasik Raban. Masa itu, keadaan RNR meriah. Majoriti orang semua dok pakat pakai pakaian putih. Tak terfikir yang bukan-bukan pula pada masa itu sebab kami berempat.


Masa itu jam di tangan menunjukkan jam 8.20 malam. Kami keluar dari kereta dan pergi solat dulu. Selesai solat, kami pun pergilah makan. Suasana pada malam itu memang sejuk. Pengunjung memang ramai dan pemandangan pun cantik. Maklumlah atas bukit, bawa tasik.

Selesai makan, kami pun kekenyangan dan kami menyambung kembali perjalanan ke rumah kawan kami yang sudah tidak beberapa jauh dari RNR itu. Lebih kurang baki dalam tujuh kilometer lagi.

Apabila sampai di destinasi, kawan pun tanya kenapa lewat sampai. Saya pun jawablah,

"Bawak kereta slow-slow. Takut terlanggar babi. Hihihi!"

Kami pun gelak bersama-sama.

"Dah makan ke belum? Kalau belum, jom masuk makan dulu," pelawanya.

"Kami dah makan tadi di RNR Tasik Raban", jawab salah seorang rakan saya.

Kata-katanya membuatkan kawan saya itu tadi terkejut beruk.

"Weh! Biar betul?" soalnya.

"Yela, kami lapar, itu yang singgah." jawab rakan itu tadi.

"Weh! Korang tau tak yang RNR itu dah berzaman tutup. Mana ada kedai buka di atas tu," tegasnya.

"Weh! Jangan main-main!" saya dah mula risau.

"Betul lah! Buat apa aku nak tipu!" tegasnya.

Selepas itu, kami semua muntah-muntah tak ingat. Baunya jangan ditanya. Bau macam bangkai. Bila disuluh muntah-muntah itu, mak aih! Macam ulat-ulat bergerak sana sini. Ya Allah, malam itu semua tak dapat nak tidur dan malam itu juga terus tidur di rumah kawan itu sebab tak boleh nak gerak malam itu juga.


Keesokan harinya, bila kami lalu semula di depan jalan masuk ke RNR Tasik Raban, Ya Allah, memang sungguh RNR itu sudah ditutup. Dah berhutan. Tetapi apa yang kami pelik ialah, jalan nak masuk ke RNR itu dah ditutup dengan bongkah batu besar. Macam mana kereta kami boleh masuk?? Tak masuk akal sungguh.


FOTO RNR TASIK RABAN SEBELUM DITUTUP
kredit: lenggong2lipis.blogspot.com




Semenjak dari peristiwa yang menyeramkan itu, kami lebih berhati-hati. Terpulanglah sama ada korang nak percaya atau tidak.

P/S : Kalau ada cerita seram boleh PM admin dan kongsikan cerita anda bersama kami.


Friday, 8 December 2017

Tuah Anak Cina Pendiam Dapat Perhatian Cikgu Melayu


Netizen memuji tindakan guru ini yang mengambil inisiatif untuk membantu seorang pelajar yang tenang dan tunduk di meja sehingga dia diabaikan oleh guru-guru yang terdesak.Netizen memuji tindakan guru ini yang mengambil inisiatif untuk membantu seorang pelajar yang tenang dan tunduk di meja sehingga dia diabaikan oleh guru-guru yang lain

Usaha demi usaha, pelbagai kaedah pendekatan yang digunakan untuk mengajak pelajar ini berinteraksi dengannya, akhirnya membuahkan hasil dan menemui punca sebenar remaja berkenaan berkelakuan seperti itu.

AKU ada seorang student Cina yang pendiam dan pemalu sangat. Nak dengar suara dia, susah sangat. Nama dia Yip Kah Shzen.

Tengok muka dia dalam gambar ini pun boleh bayangkan dia jenis macam mana, kan? Haha! First masuk kelas 4Einstein, memang tak perasan langsung pelajar ini sebab dia sangat pendiam dan kelas dia pula huru-hara bising gila.





Then bila aku mula nak tanya nama seorang demi seorang dan sampai giliran dia, dia senyap, duduk dan pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya berkali-kali, tak jawab.

Kawan dia kata, "Cikgu, dia memang macam tu. Pemalu."

Okey. Tak apalah. Aku tanya kawan dia, nama dia siapa.

Next class, masa aku mengajar, memang kelas itu huru hara. Nak semak satu-satu memang tak sempat. Cuma yang aku perasa, Kah Shzen ini tak bergerak dan cuma tenung meja. Selepas aku ambillangkah untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja, aku letakkan Kah Shzen di depan, senang nak pantau.

Semenjak itu, aku buat denda tabung untuk siapa yang tak bawa buku dan kalkulator. Setiap kali kelas, aku periksa setiap seorang. Sampai giliran Kah Shzen, dia masih tenung meja. Aku tanya, dia senyap. Aku tanya kawan sebelah dia, selalu macam mana cikgu lain ajar dia.

"Cikgu lain biarkan saja sebab memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja saja," kata rakannya.

Balik ke bilik guru, aku berfikir apa yang perlu aku buat. Aku berjumpa dengan guru kelas dia, a.k.a cikgu matematik dia sebelum ini. Cikgu itu cuma cakap, "Dia memang dah tak boleh buat apa. Biar je, terpaksa abaikan".

Aku rasa macam tak adil buat begitu. Aku ambil langkah tutur dalam bahasa Cina, mungkin dia tak faham bahasa Melayu. Aku tanya mana buku dan kalkulator. Dia menggeleng kepala. Aku tanya, tak bawa ke memang tak ada? Dia jawab perlahan saja dan sepatah, "Tak ada".

Mungkin dia orang susah. Aku nak denda pun tak sampai hati. Tapi kalau tak denda, jadi tak adil pula. Aku pun pergi berjumpa panitia maths. Pinjam buku lebih dan pinjamkan kepada Kah Shzen. Bagi pinjam kalkulator setiap kali kelas.

Aku mengajar seperti biasa. Dalam masa yang sama aku cuba memantau dan cuba bercakap dengan dia. Setiap kali kelas, aku cuba mendekati dia.

Satu hari itu, aku semak buku dia. Rupa-rupanya selama ini dia tulis dan salin setiap calit marker yang aku tulis di whiteboard. Setiap benda. Allah. Semenjak ada buku, homework dia hantar. Apa yang aku suruh, dia buat. Kiranya selama ini bukan dia tak nak buat apa-apa, tetapi dia tak ada bahan.





Sejujurnya kelas dia memang hyper. Kalau kelas lain aku boleh ajar empat perkara dalam satu masa. Tetapi kelas dia, cuma sempat satu sahaja.

Walau bagaimanapun, aku cuba juga mencuri sedikit masa untuk pergi pada dia seorang. Tidak lama selepas itu, bila aku ajar sambil tanya dia, 80% dia boleh jawab dengan betul. Maksudnya dia bukan dung, cuma dia perlukan perhatian lebih dan aku pun teruskan beri perhatian pada dia.

Setiap apa yang aku cakap di dalam kelas, aku akan cakap semula pada dia secara peribadi agar dia tak terlepas.

Satu hari, aku borak dengan guru seni dia. Aku tanya cikgu itu, bagaimana Kah Shzen dalam kelas?

"Oh, dia tu selalu tunduk tenung meja saja dalam kelas. Saya selalu panggil dia tak ada kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu," katanya.

Aku pun tunjukkanlah buku latihan Kah Shzen kepada cikgu itu. Dia terdiam bila tengok buku Kah Shzen yang penuh dengan latihan.

Kah Shzen mula berani nak berinteraksi dengan aku. Dia WhatsApp aku dan tanya tentang pembaris. Terkejut jugalah, tetapi aku happy gila.


Tak kisahlah Google Translate pun, asalkan aku nampak usaha dia. Dia bukan useless.

Aku selalu buat note kat buku latihan dia. Suruh dia senyum sebab memang susah nak tengok dia buka mulut dan senyum. Tapi aku teruskan.

Minggu last aku, kitorang plan nak buat farewell party. Kelas 4 Einstein ini memang banyak sangat beri pengajaran dan pengalaman pada aku. Jadi aku berharap sangat mereka semua datang dan berjumpa buat kali terakhir. Aku pun pergi pada setiap seorang dan tanya mereka datang atau tak.

Sampai giliran Kah Shzen, aku kata, "Saya harap awak datang," sebab dia adalah pelajar yang mengajar aku erti kesabaran dalam mendidik.

Sebelum aku keluar kelas masa tu, kawan dia bagi sehelai kertas dan katanya Kah Shzen yang beri. Aku pun pandang Kah Shzen dan kata 'Xie xie' (Terima kasih). Dia terus tunduk.

Aku buka kertas itu. Dia cuma tulis satu ayat, "Thank you, teacher". Allahu, walaupun nampak ayat itu simple tetapi bagi aku besar maknanya.

Then pada hari jamuan itu, aku dapat rasa yang dia tak datang. Sebab pelajar chinese kan, susah sikit nak approach. Tapi tiba-tiba dia WhatsApp. Happy sangat.


Dan masa seisi bergambar, aku minta dia senyum sebab aku cakap, "Ini last day saya, please give me a smile" and he was trying.


Aku minta setiap seorang bagi ucapan. Sampai turn dia, dia malu-malu. Tetapi dia bercakap!




Okay last, masa nak balik, kawan dia ada buat lawak. Then aku ternampak dia senyum. Aku suruh kawan dia ulang semula. Then dia bagi senyuman yang paling manis. Walaupun dia tak cakap senyum itu untuk aku, tapi aku rasa dah reward diri sendiri sebab tak pernah putus asa.


Thank you Yip Kah Shzen and 4 Einstein sebab bagi saya pengalaman dan pengajaran yang bermakna dalam hidup saya! Will miss you all so much.

Yang baik jadikan pengajaran, yang tak baik jadikan sempadan. Sekian. Lot of love.

Sumber: Amy Mistika
.



Sunday, 3 December 2017

Viral Gambar Nur Sajat Hamil Jadi Bualan Netizen


PETALING JAYA: Pengusaha kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman, mendedahkan penyebab kehamilannya digambarkan dalam media sosial hari ini.

Mengakui gambar itu, wanita berusia 32 tahun memberitahu bahawa dia telah diambil pada tahun 2013 ketika dia dimodelkan sebagai wanita hamil untuk kumpulan flash untuk video komersial, dan dia telah dimuat naik ke akaun Instagramnya.

“Memang saya ‘upload’ gambar ni, tapi tujuannya hanya berkongsi kerjaya Sajat saja. Sajat dulu seorang model dan penari. Dan gambar Sajat mengandung ini adalah lakonan Sajat menjadi wanita mengandung.

“Dulu pun biasa jadi pelakon tambahan, jadi tak salah kita nak jadi watak apa pun. Tak ada pun yang lebih, yang terlebih mengata itu adalah netizen,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai gambarnya dalam keadaan hamil yang kini tular di media sosial.

Ditanya mengenai pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut, Sajat berkata, adalah normal bagi mereka yang mencemburui kejayaan dan populariti yang dikecapinya kini.

“Biasalah, orang cantik selalu kena kecam. Sajat tahu apa Sajat buat. Jangan hanya kerana gambar, mereka nak menghina dan menghukum Sajat. Itukan dah dosa,” katanya.

Bagaimanapun Sajat kesal dengan pihak yang tidak henti-henti menyimpan hasad dengki terhadapnya sehingga sanggup menghina dan membuat fitnah.

“Dulu Sajat sekadar orang biasa, makan gaji dan kehidupan macam orang biasa. Tapi tak ada pula yang nak kecam.

“Bila Sajat dah berada di tahap sekarang, banyak yang cuba nak memperlekehkan Sajat, itu adalah normal. Apapun yang Sajat lakukan, mak ayah tahu,” katanya.

Mengenai keinginan untuk mengandung, Sajat berkata: “Kalau ada jodoh kahwin baru kita tanya soal anak. Itu semua rezeki daripada Allah.”

“Bila Datangnya Darah Kotor Untuk Bulan Ini, OMG!!”

Saban hari pasti ada sahaja cerita pelik yang ditimbulkan usawahan terkenal, Nur Sajat. Paling terbaru, beliau memuat naik gambar ‘darah kotor’ atau bahasa lebih senang faham, darah haid yang dipercayai miliknya di atas tisu. Tidak pasti apa niatnya, Sajat terus dihentam gara-gara tindakannya itu.

BACA: Nur Sajat Sudah Sedia, Bakal Kahwin Tahun Depan

Bagaimanapun mungkin tidak tahan dikecam peminat, tidak lama selepas itu Sajat telah memadam gambar tersebut. Ramai yang berpendapat Sajat bertndak sedemikian bagi membuktikan jantina dirinya perempuan seperti nama akaun Instagramnya, Nur Sajat Perempuan. Tetapi nampaknya usahanya gagal sehingga ada yang menggangap darah itu adalah darah bekam.

Kalau dilihat kembali pada gambar yang dimuat naik, tidak mungkin seorang wanita menyapu darah haid menggunakan tisu siap bersarung tangan. Malah ada juga yang mendakwa terang-terangan gambar yang dimuat naik Sajat memperlihatkan bekas bekam di sebelah dan bukannya darah haid.

Sekali lagi, kami tidak pasti apa niat dan tujuan Sajat memuat naik gambar tersebut. Mungkin kepsyen Sajat pada gambar membawa maksud tersirat iaitu darah bekam selepas beliau membuat proses perubatan itu. Apapun jika benar ingin membuktikan beliau adalah perempuan tulen, rasanya ini bukanlah cara yang sesuai, nama pun ‘darah kotor’ kan. (rtky/w)



Sumber:mstar


Sunday, 26 November 2017

'Suami Saya Yang Tak Bagi Buat Benda TU'


Aktres Anzalna Nasir mendedahkan bahawa suaminya tidak pernah campur tangan dalam kes penampilan kecantikan dan penjagaannya.

Tetapi ada satu perkara yang suaminya, Hanif Zaki diusir dari Anzalna.

Anzalna berkata dia mendedahkan bahawa suaminya tidak membenarkannya memotong rambut pendek.

Kali terakhir Anzalna berambut pendek adalah pada masa Anzalna yang sedang belajar dan menuntut di kolej.

Ini pendedahan Anzalna

"Suami saya tidak benarkan saya memotong rambut, saya ingin memotong, tetapi saya hanya melepaskan rambut .

"Kali terakhir saya berambut pendek apabila saya belajar di universiti dan ia adalah kali terakhir tetapi tidak terlalu singkat"

Menyentuh kanak-kanak itu, Anzalna berkata bahawa dia dan suaminya tidak merasa tertekan, walaupun ramai orang sering ditanya mengenai hal itu.

Kedua-dua belah keluarga mereka juga menggalakkan untuk menghabiskan masa berdua terlebih dahulu.

Ini komen Anzalna:

"Saya baru sahaja kahwin dan kedua-dua belah keluarga ada cakap ini adalah waktu untuk berseronok dulu.

"Nak melancong, pergilah. Sebenarnya keluarga yang banyak mendorong pergi bercuti selagi belum ada anak.

"Tapi bila ada anak nanti pun boleh pergi lagi cuma waktu ini untuk kami berdua bersama"

Untuk pengetahuan ramai, pasangan Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 di Hotel Seri Pacific selepas berkenalan lebih 10 tahun.

Dalam perkembangan lain, Anzalna baru melancarkan produk penjagaan wajah Bye Bye Zits berkolaborasi dengan produser Global Station Sdn Bhd, Adila dan Alia Ramly.


Sebelum ini, Anzalna juga ada mengeluarkan produk penjagaan rambutnya sendiri.

Semoga Anzalna terus sukses dalam bidang lakonan dan juga prniagaan.


Panas Syatilla Melvin Mengamuk Sam Sibuk Dengan Filem Baru


Pelakon terkenal Syatilla Melvin kini sibuk menjaga anaknya bernama Syeriv.

Menjadi sibuk menjaga anak pertamanya, Syatilla memberikan kebebasan penuh kepada suaminya, kerja Shaheizy Sam.

Pada masa ini, terdapat banyak masalah cinta di tempat itu, dan Sytailla Melvin sedang mencari persoalan aktres yang terjebak dengan cinta tempat dengan pasangannya, jadi ada kontroversi apabila datang kepada mereka yang sudah berkahwin.

Syahilla mengingatkan suaminya, Shaheizy Sam harus ingat status suami dan ayahnya ketika bertindak dalam drama atau filem.

Bagaimanapun, Syatilla akan memberikan iman suaminya yang tidak terhingga dan, jika boleh, mengalihkan perhatian dan mengganggu kerjaya suaminya.

Komen ini Syatilla Melvin:

"Ia sial jika tidak banyak cemburu tetapi saya tidak mahu terlalu sensitif untuk mengganggu kerja Sam.

"Biasanya, dia tidak akan berkongsi perkara yang boleh membuat saya tidak bahagia, tetapi itu tidak bermakna dia menyembunyikan sesuatu dari saya.

"Dia seorang wanita yang suka berfikir, jadi dia tidak perlu bercakap tentang apa yang dia fikir dia tidak perlu. Kadang-kadang Sam akan berkongsi apa yang berlaku pada set dan sebagainya, tetapi sebaliknya.

"Sememangnya, saya memberi Sam kebebasan untuk bekerja, tetapi dia sendiri perlu mengingat status bapanya dan suaminya.

Syatilla Melvin berkata apabila ia turun dan berada di pawagam Persembahan terakhir Shaheizy Sam dan Ayda Jebat, perlahan Hatiku ini.

Filem ini meletakkan hati saya pada pendengaran itu dari 30 November dan akan menampilkan bintang besar seperti Sam Shaheiz, Ayda Jebat, Farid Kamil, Lia Natalia Normah Damanhuri, Azizah Mahzan, Sharifah Haslinda.

Filem Pinjamkan Hatiku akan diarahkan oleh pengarah hebat Osman Ali.

Bercakap mengenai perkembangan kerjayanya dalam bidang seni, Syatilla Melvin mengaku dia menyesal telah bertindak sebagai balasannya.

Tetapi pada masa itu, Syatilla mengakui telah mengorbankan kepentingannya dalam anak-anak mereka, Syeriv Samheizy, kini enam bulan.

Sudah jelas:

"Anak itu masih muda, tetapi saya tidak memikirkan orang yang tidak dikenali untuk menjaga dia, tunggu sehingga dia cukup tinggi, maka saya akan menerima tawaran yang sesuai"

Dia dan Sam telah berkahwin dengan suaminya pada 8 Februari tahun lalu dalam satu majlis yang diadakan di Kelab Golf Bukit Jawi, Pulau Pinang.



babab.net