Tuesday 12 December 2017

Filled Under:

'awal-awal dulu kecil je, pastu anak asyik demam kejap-kejap demam sampai jadi macam ni' luahan seorang ibu


"Ingin saya terangkan di sini bahawa gambar tersebut merupakan gambar anak saya. Tiada langsung saya mengatakan bahawa penyakit anak saya ini disebabkan Aefi. Doktor-doktor pakar dari empat hospital besar pun tiada yang mengaitkan anak saya dengan penyakit ini.

"Alhamdulillah, anak saya dah sihat sepenuhnya. Bagi yang memutar belitkan cerita saya dan jadikan gambar itu sebagai isu buat para antivaksin yang lain, adalah perbuatan yang tidak bermoral. Tiada laporan yang mengatakan benjolan itu disebabkan Aefi." - Siti Amalina Nadia

ASSALAMUALAIKUM warga Info Ibu Hamil (IIH). Semalam ada yang bertanya tentang anak naik ketulan di bawah ketiak. Saya nak kongsi gambar anak saya pula.

Pada mulanya tak besar mana. Ditekan pun, anak tak ada rasa sakit. Tapi saya bawa dia terus ke emergency (hospital). Saya pergi ke empat buah hospital untuk mendapatkan kepastian. Paling takut bila doktor kata berkemungkinan kanser.

Jadi, doktor nak ambil cecair dalam benjolan itu untuk dikaji. Nauzubillahminzalik. Memang tak berhenti-henti berdoa. Semakin lama, anak asyik demam panas on off. Kejap-kejap muntah. Beberapa kali admit wad untuk tambah air.

Last sekali doktor prescribe dia antibiotik. Alhamdulillah, benjol itu menjadi nanah dan dah masak seperti yang ditujukkan dalam gambar ini.



Bawa anak ke hospital dan doktor terus bedung dia, serta bedah. Memang menjeritlah anak. Saya pun rasa macam nak menjerit melihat keadaan anak seperti itu.

Tetapi proses tak lama, lebih kurang dalam setengah jam sahaja. Cuma terasa lama sebab dengar anak meraung. Tetapi memang doktor tak sarankan bius sebab berbahaya untuk kanak-kanak di usianya yang baru setahun lebih. Anak terus sihat dan tiada lagi demam.

Jadi, kalau ada ibu bapa yang perasan anaknya ada benjolan seperti ini tak kisahlah di mana-mana bahagian badan, terus bawa anak berjumpa dengan doktor pakar. Semoga anak-anak kita dilindungi daripada sebarang penyakit. Amin.

P/S - Ibubapa kalau boleh anak-anak sakit segeralah bawa jumpa dengan doktor. Kemudian baru ikhtiar cara tradisional. Sebab doktor lagi tahu penyakit atau virus yang dijangkiti.

 




0 comments:

Post a Comment

babab.net