Friday 19 August 2016

Filled Under:

VIRAL Gambar Budak Berlumuran Darah Cerus Kemarahan Seluruh Dunia.....


Foto yang dirakam oleh Aleppo Media Centre ini telah berlegar di segenap ruang Internet sejak malam Rabu. Ia diambil selepas kanak-kanak ini diselamatkan dari runtuhan batu setelah kota Aleppo dibedil oleh serangan udara rejim tentera pemberontak di Syria.

Kanak-kanak ini dikenal pasti sebagai Omran Daqneesh dan baru berusia lima tahun.

Imej mengejutkan itu mempamerkan kanak-kanak tersebut diselaputi debu di seluruh badan manakala bahagian dahinya yang terluka mengalirkan darah

  • Dia dibawa ke hospital yang dikenali sebagai M10 untuk menerima rawatan dan dibenarkan keluar selepas itu.

  • Rakaman video menunjukkan penyelamat menarik Omran dari runtuhan rumah lalu meletakkannya di dalam ambulans

    • Dia tidak menangis tetapi bagaikan keliru dan tidak sedar bahawa terdapat luka terbuka pada dahinya dengan darah mengalir hingga ke dagu.

      LIHAT VIDEO DI BAWAH:

    • Omran diselamatkan bersama-sama tiga adik-beradiknya, berumur setahun, enam tahun, dan 11, dan juga bersama ibu dan bapanya, daripada runtuhan bangunan apartmen yang musnah. Tiada kecederaan serius dilaporkan, tetapi bangunan itu runtuh tidak lama selepas keluarga itu diselamatkan.
  • Insiden ini mengingatkan kembali kepada kes menyayat hati Aylan Kurdi yang ditemui mati lemas di tepi pantai berdekatan sebuah resort di Bodrum, Turki, pada 2 September 2015

    • Berpakaian t-shirt merah dan seluar biru, mangsa yang berusia 3 tahun dari bandar Kurdish-Syrian itu dipercayai antara 12 pelarian yang cuba memasuki negara Greece, namun lemas apabila bot dinaiki mereka karam.

      Manakala, jenazah abangnya yang berusia 5 tahun juga dilapor ditemui tidak jauh dari lokasi Aylan ditemui.


  • Sekarang ini ramai tertanya-tanya, kenapa dunia tidak mengambil peduli tentang serangan di Aleppo?






0 comments:

Post a Comment

babab.net