Salam sejahtera. Terima kasih sebab sudi menyiarkan confession saya. Mungkin apa yang saya nak ceritakan ini, ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Saya minta maaf siap-siap jika ada yang terasa hati.
Saya anak bongsu dari dua beradik. Kedua-duanya lelaki. Mak dan ayah sudah meninggal dunia. Saya gelar abang saya sebagai Along.
Isu timbul apabila Along berkahwin. Isteri dia, saya panggil Kak Long sahaja. Along mengambil keputusan untuk membawa isteri dia balik dan tinggal di rumah pusaka, tempat kami membesar. Rumah itu tak adalah besar mana, standard rumah taman yang lain, 3 bilik.
Pertama kali Kak Long menjejakkan kaki ke rumah, saya dengar dia merungut yang rumah ini kecil dan buruk. Along terpaksa memujuk isterinya. Maklumlah anak orang berada, mana pernah masuk rumah orang bujang yang buruk ini.
Saya yang mendengar kata-katanya itu buat tak tahu saja sebab malas nak mencampuri urusan rumahtangga orang. Kebetulan selepas seminggu mereka berpindah masuk, saya dihantar berkursus di Langkawi selama seminggu. Jadi, seminggu itu saya tak tahu cerita apa.
Balik saja dari Langkawi, saya terkejut sebab ruang tamu rumah sudah bertukar menjadi seperti lounge hotel. Serba serbi nampak mewah dan kemas. Dari pintu masuk membawa ke dapur, semua nampak lain. Nampak berserilah!
Kak Long menyambut saya balik. Perkara pertama yang dia suruh saya buat pada masa itu, lap kaki sebelum berjalan di atas karpet dia sebab karpet itu berwarna putih. Baik, saya bersetuju sebab masuk akallah juga.
Selepas itu, ada lagi, Malam itu, saya keluar dari bilik dan lepak dengan Along di depan TV. Tengah kami seronok melepak, dia buka vaccum dan selamba badak vaccum depan-depan saya dan Along. Saya dah mula rasa pelik. Oleh sebab tak mahu beri mereka rasa janggal, saya pun bangkit dari tempat duduk terus ke bilik.
Keesokkan paginya, barulah Along cerita yang isterinya mempunyai masalah OCD, obses sangat dengan kebersihan. Dia meminta saya bersabar dengan perangai isterinya.
Sejak dari itu, segala macam benda yang dahulu saya boleh lakukan dengan bebas, kini tidak lagi. Saya ke dapur bancuh milo, saya dah nampak Kak Long berpura-pura jalan ke bilik air. Selepas siap bancuh dan beredar dari dapur, cepat-cepat dia lap bersih dapur.
Pernah sekali bila saya masak maggi, elok saja saya duduk menghadap maggi di meja makan. Kak Long terus mengambil periuk yang telah saya basuh tadi, dibasuh sekali lagi. Cara dia membasuh periuk itu seperti tengah menenyeh-nenyeh muka saya, Punyalah kasar, memang rasa nak tercekik maggi saja waktu itu. Mujur saya teringat kata Along yang dia ada OCD, jadi saya berpura-pura tak terasa.
Itu belum lagi bab bilik air dan tandas. Adalah normal manusia bangun setiap pagi melabur di tandas. Saya pun tak terkecuali. Digestive system saya pula terlebih aktif. Saya selalu buat pelaburan dua kali sehari. Saya pernah dimarahi oleh Kak Long sebab membuang! Yes! Saya membuang air besar selepas itu, kena marah! Dia beri amaran, membuang sehari sekali sahaja! Kalau nak membuang juga, pergi cari petrol station mana-mana dan buang! Takut banyak kuman dalam tandas, katanya.
Tak cukup dengan itu, bilik mandi. Semua yang dalam rumah itu kena pastikan bilik air itu kemas seperti sebelum masuk mandi. Yang lagi best, jika saya tertinggal syampu, shaver atau boxer di dalam, memang itulah kali terakhir saya nampak barang-barang saya. Habis semua dia buang. Kalau saya rajin, saya keluar selongkar sampah. Kalau tak, pejam mata sajalah. Percaya atau tidak, saya ada beg toiletries sendiri.
Bab ruang tamu, memang antara kawasan yang kalau boleh saya nak elak. Remote TV dia bungkus dalam plastik. Karpet itu kalau boleh setiap jam dia nak vaccum. Lantai pun setiap masa dia nak sapu sehingga saya syak dia tidur dengan penyapu.
OCD Kak Long ini kadang-kadang membuatkan Along stress. Pernah sekali saya tengok Along tidur atas lantai tak berlapik, hanya bantal sahaja. Bila ditanya, Along beritahu Kak Long mengamuk sebab dia kotorkan sofa dan mereka bergaduh. Menggeleng kepala saya dengar punca pergaduhan mereka.
Baru-baru ini, OCD Kak Long menjadi semakin teruk. Mungkin sebab dia tengah mengandung anak sulung. Sampaikan tiap-tiap tempat saya duduk, mesti dia akan sembur Fabreze oren. Sekali lagi saya berpura-pura tak terasa.
Ada sehari itu, saya keluar dan balik dari tempat kerja, saya tengok pakaian saya yang belum dibasuh sudah selamat duduk dalam beg plastik hitam. FYI, saya jenis kumpul pakaian dan basuh di dobi. As a human, saya pun kurang sabar, boleh pula dia bungkus pakaian saya dalam beg plastik sampah dan letak di tepi pagar! Kalau kena panda korang, apa yang korang buat? Saya mengamuklah! Dia dah buat saya macam parasit!
Saya bertekak dengan Kak Long petang itu, mujur ada Along. Kalau tidak, saya pun tak boleh bayangkan apa yang bakal terjadi.
Malam itu, saya kemas pakaian dan keluar dari rumah. Saya menumpang di rumah rakan. Jadi bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, saya mengambil keputusan untuk menyewa di luar walaupun rumah sewa saya itu lebih jauh dari tempat kerja berbanding rumah lama. Ada juga sekali dua saya balik sebab nak mengambil barang-barang saya. Bilik yang dulunya saya duduk dan jadi bilik tetamu.
Sebenarnya banyak lagi perangai OCD Kak Long yang saya tak ceritakan. Bukan apa, saya menjadi sakit hati bila nak taip. Saya cuma mampu berdoa agar Kak Long berubah sikit dari perangai OCDnya itu. Along pun bukannya cermat sangat orangnya tetapi disebabkan isterinya jadi begitu, dia pun redha sajalah. Tetapi itulah, saya kasihan pada Along. Dah kurus badan abang saya sekarang kerana kasih dia turutkan. - Adam, IIUM Confessions | PIXEL MEDIA
0 comments:
Post a Comment