Friday, 19 August 2016

Filled Under:

Fazura Menafikan Permusuhan Antara Fasha Sandha


Beberapa hari lepas, Fasha Sandha ada memuat naik foto “selfie” bersama pelakon Nur Fazura. Ketika itu mereka sama-sama menghadiri acara KL Fashion Week 2016 di Pavillion.

Foto berkenaan mengundang pelbagai reaksi dan ada pihak mempertikaikan hubungan mereka berdua dan kembali membicarakan cerita lama yang kononnya Fazura dan Fasha sebenarnya bersengketa dan tidak boleh bertemu  langsung.
Ramai sebenarnya yang agak terkejut melihat kemesraan mereka berdua didalam foto berkenaan ekoran gosip permusuhan itu.
Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Fazura menerusi portal BH ONLINE menjelaskan beliau dan Fasha tidak pernah bermusuh dan meminta agar hubungan baik mereka itu tidak dipertikaikan.
Saya dan Fasha sudah lama berkawan dan cerita kami bergaduh yang diungkit itu pun saya sudah dengar sejak berbelas tahun dulu. Kami tidak pernah ada masalah dan kerap juga keluar bersama-sama.
Dia banyak menyokong saya dan baru-baru ini, dia turut membeli koleksi baju raya saya. Fasha juga akan hadir pada majlis pertunjukan fesyen saya nanti dengan menggayakan rekaan House Of Doll.
Malah, perkara itu juga diakui oleh Fasha yang sudah 12 tahun berkawan baik dengan Fazura sejak dari zaman mereka aktif dalam bidang peragaan lagi.
Saya kenal Fazura lebih 12 tahun, iaitu sejak zaman peragaan lagi. Sekarang kami sama-sama dalam industri dan sering berkongsi pandangan sebagai sahabat di dalam bidang yang kami ceburi ini. Apa yang orang cakap mengenai kami memang tak pernah berlaku sebenarnya.
Fazura dan Fasha, kedua-duanya mempunyai rupa paras yang cantik bukan? Teringin juga untuk melihat mereka berdua ini berlakon bersama.





0 comments:

Post a Comment

babab.net