(Video) 'Dia Himpit Kereta Saya Sehingga Hampir Terlanggar Penghadang Jalan'
Farizul Hakim Kamarudin yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya bersama dengan anak, isteri dan ibunya, dibuli oleh pemandu kereta BMW 5 series, nombor pendaftaran NH10 di sebuah bulatan kecil di Seri Gombak menuju ke MRR2.
"Dia tak sabar lalu membunyikan hon di belakang, memaksa saya jalan juga di bulatan itu. Saya cuba jalan juga walaupun jalan tengah sibuk. Sebaik saja keluar MRR2, dia menghimpit saya sehinga hampir terlanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri sebelum pecut melarikan diri," katanya.
Ekoran kejadian itu, Farizul terpaksa mengejar kereta tersebut untuk mendapatkan nombor pendaftarannya.
Hasil pencarian Farizul mendapati, kereta tersebut milik Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar.
"Apa salah saya dalam hal ini? Apa hak dia untuk himpit kereta saya? Saya tak suka road bullies," katanya di laman Facebooknya dan menegaskan akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Dalam respon awal pemilik kenderaan itu, beliau menafikan kereta itu dipandu olehnya.
"Sorry, mungkin pilot atau someone drive that car. Hope nothing bad happen," katanya.
Bercakap kepada Free Malaysia Today, beliau menasihatkan Farizul perlu berhati-hati membuat pertuduhan itu.
"Bagaimana dia boleh tahu individu yang berada di dalam kereta itu adalah saya? Dia tahu ke berapa banyak kereta yang saya ada?" katanya yang enggan mengulas lanjut kerana dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak berbuat demikian.
Nazir menjelaskan beliau akan menghubungi Farizul secara peribadi untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut. - PIXEL MEDIA
0 comments:
Post a Comment