KUALA LUMPUR - Noor Amila Edrus Norsham, 5, ditemui mati dibunuh dan dicampak dalam gaung di di Kampung Kemensah, Ulu Kelang, didakwa kepalanya dipenggal.
Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa, Seha Mawi, tampil menafikan dakwaan itu dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu.
"Assalamualaikum. Hari ini terungkailah segala teka teki mengenai adik Edrus, sepupu kami, anak kepada pakcik saya yang saya panggil Pak Teh. Ramai yang buat spekulasi tetapi hakikatnya cerita sebenar biar kami sekeluarga saja yang tahu dan biarkan polis menjalankan tugas mereka agar pelakunya diberikan hukuman setimpal dengan apa yang dia telah buat kepada sepupu kami. Allahuakbar.
"Spekulasi yang mengatakan mangsa tidak cukup sifat itu juga tidak betul. Cuma mangsa sudah 7 hari meninggal dan dibiarkan di dalam hutan dan jasadnya mereput," katanya.
Menurut Seha, mereka sudah redha dan bersyukur jasad mangsa telah ditemui dan juga telah selamat dikebumikan jam 1 pagi tadi.
Noor Amila Edrus Norsham, dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berhampiran rumahnya.
Polis juga telah menahan seorang suspek yang juga merupakan ahli keluarga mangsa setelah suspek membawa polis ke lokasi penemuan mayat mangsa. - PIXEL MEDIA
0 comments:
Post a Comment