Doctors were astonished when scans revealed the 'foetus in fetu' in her stomach.
KETUMBUHAN pada perut Nisha membuatkannya tidak mahu makan dan minum. AGENSI
Surgeons operated for two hours (left) to remove the mass of bone, flesh and hair (right) which had been leaching off her blood supply since before she was born.
NEW DELHI 10 Ogos – Seorang bayi berusia 15 bulan menggemparkan para doktor di sini apabila dipercayai ‘mengandung’ ketika menjalani pemeriksaan perubatan di salah sebuah hospital tempatan baru-baru ini.
Menurut laporan Daily Mail, bayi berkenaan, Nisha mengalami masalah perut kembung sehinggakan tidak mahu makan dan minum selain hanya menangis selama berminggu-minggu.
Penemuan mengejutkan itu berlaku apabila ibu bapa Nisha mengesyaki dia mempunyai ketumbuhan di dalam perut dan membawanya ke Hospital Sri Ganapathy Krishna, sebuah pusat kesihatan swasta di Tamil Nadu, selatan India.
Doktor pada mulanya percaya Nisha mengalami ketumbuhan besar di perutnya namun terkejut setelah mengetahui punca sebenar penyakit dan terus melakukan pembedahan untuk membuang ‘ketumbuhan’ tersebut.
“Pada mulanya, saya percaya dia hanya ada ketumbuhan sehingga kami melakukan ujian ultrabunyi, dan imbasan menunjukkan kawasan bertulang dan struktur seakan-akan ketumbuhan mengandungi tisu dan organ.
“Itu menyebabkan saya mula mengesyaki bayi tersebut mengalami fetus dalam fetus,” kata Pakar Bedah Pediatrik, Dr. Vijayagiri.
Nisha yang mempunyai berat lapan kilogram sebelum pembedahan membuang fetus itu dilahirkan dengan keadaan perut kembung namun ibu bapanya yang bekerja sebagai buruh bertindak mengabaikan masalah penyakit Nisha kerana tidak memiliki kewangan mencukupi.
Susulan pembedahan yang dilakukan itu, Nisha dijangka segera pulih dan dibenarkan keluar wad dalam tempoh beberapa hari lagi.
Siapa sangka perkara begini boleh terjadi. Semua itu kuasa Allah.
0 comments:
Post a Comment