Wednesday, 10 August 2016

Filled Under:

[SEBARKAN] 'Saya Bukan Penjahat,Niat Saya Murni' Itulah Luahan Seorang Ibu Berkaitan Isu Stroller.


Setiap orang mesti ada barang atau sesuatu yang baginya amat berharga walaupun dimata kita biasa dan tidak berharga. 

Petang semalam, netizen digemparkan dengan beberapa gambar screenshot yang dimuat naik oleh seorang ibu yang mendakwa sebuah laman Facebook popular mengenakan caj puluhan ribu ringgit hanya untuk viralkan permintaannya mencari stroller anaknya yang hilang. 

Tidak beberapa lama kemudian, laman berkenaan menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa berlakunya kesilapan. Dalam kenyataan yang sama, pihak terbabit memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Nur Syahira Khairil Anwar, tampil memberikan penjelasan mengapa beliau memuat naik screenshot tersebut sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen terhadap laman berkenaan. 

"Umum sudah tahu tentang berita viral yang baru saya post jam 5.30 petang semalam. Post yang santai dan bersahaja itu mendapat perkongsian yang banyak dan di luar jangkaan saya. Tidaklah saya terniat langsung di hati untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun memberi pandangan negatif kepada sesiapa yang terlibat. 

"Saya hanyalah seorang ibu yang sedang mencari stroller anak saya yang hilang. Saya desperate dan hubungi semua page yang famous untuk viralkan. Tapi, tiada satu pun reply. Saya gembira dan excited apabila laman berkenaan satu-satunya yang memberikan respon tanpa perlu menunggu lama. Namun kegembiraan itu berubah kecewa dan tidak boleh menerima respon yang diberikan. 

"RM10,000 untuk viralkan barang yang hilang? Saya terkedu. Tanpa berfikir panjang dan terus share di wall dengan tujuan untuk mereka yang follow laman berkenaan tahu berita viral memerlukan RM10,000," katanya dan menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak berniat mahu megecam dan membuatkan netizen berang dengan laman berkenaan. 

Secara tidak langsung berita kehilangan stroller itu viral di media sosial dan  Nur Syahira dihubungi pelbagai individu yang menawarkan bantuan untuk viralkan kehilangan stroller tersebut secara percuma. Selain itu, ada segelintir yang mahu memberikan stroller terpakai kepada beliau secara percuma dan mendoakan agar stroller yang hilang itu segera ditemui. 

Justeru, beliau merayu agar individu yang mengambil stroller miliknya tampil memulangkan kerana stroller berkenaan mempunyai sentimental value. 

"Jika malu atau rasa tak nak berjumpa dengan saya, boleh serahkan terus pada kaunter customer service di Giant Seri Kembangan," katanya. - PIXEL MEDIA





0 comments:

Post a Comment

babab.net