Thursday, 10 August 2017

Filled Under:

'Kerana perempuan itu, dia sanggup panggil saya lahanat' - Isteri dedah dirinya jadi mangsa keganasan rumah tangga


Rumah tangga baru berusia lima bulan (jika dikira mengikut bulan), namun di awal perkahwinan lagi si isteri telah dipukul. Seperti yang diceritakan oleh Siti Fatima di Facebooknya, dia bukan sahaja menjadi mangsa keganasan rumah tangga, malah lelaki itu sudah menduakannya.


Lebih teruk lagi, 'orang ketiga' itu dengan berani meletakkan nama suami Siti Fatima di akaun media sosialnya, malah berani menghubungi Siti Fatima yang memintanya 'move on'.

*Untuk makluman, dibawah adalah terjemahan dari teks asal bagi memudahkan pembaca. Namun, tidak dijamin 100% sama dengan teks asal berikutan berlaku sedikit kekeliruan akan bahasa yang digunakan oleh Siti Fatima.

Ya, baru sangat mendirikan rumah tangga tahun ini. Di pertengahan bulan Mac, majlis itu berlangsung. Sepanjang tempoh berkahwin pun, selepas pulang dari berbulan madu di Langkawi, dah kena. Tetapi masa itu tak seteruk keadaan ini.


Hari demi hari, semakin teruk layanan yang diberi. Kami kenal selama tiga tahun tetapi siapa tahu? Masa masuk meminang, dia tiada satu pekerjaan tetap pun. Tetapi keluarga jenis yang tidak memilih, jadi perancangan perkahwinan diteruskan.



Kalau nak dibandingkan, boleh saja kalau nak cari yang jauh lebih baik dari dia. Ada saja 'orang' masa itu tetapi saya ingat saya berkawan dengan orang dan bakal bertunang, jadi saya abaikan saja semua pilihan yang lain, yang ada kerja tetap dan yang jauh lebih baik dari dia.


Bertunang pun bertahun. Masa itu arwah abah masih ada. Saya ingatkan penantian akan berakhir dengan kegembiraan, rupa-rupanya saya tersilap, malah tersilap menilai lelaki itu.


Selama ini saya yang menjadi tulang belakangnya dari saat dia susah sehinggalah sekarang. Masa awal-awal dulu, dia hanya ada motosikal buruk tetapi saya tidak memilih. Malangnya kebaikkan saya dibalas pula dengan kekejian.


Sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah makan satu sen pun duit dari dia. Semua perkara yang saya lakukan adalah menggunakan duit saya sendiri. Dalam tempoh bertunang dulu pun dia dah buat bermacam-macam hal. Saya tahu mengenainya tetapi saya pendamkan saja dalam hati.


Saya yang terpaksa menanggung kos belanja perkahwinan kami kerana pada saat-saat akhir dia boleh kata yang dia tiada duit nak dibawa. Tetapi kami tutup aib mereka. Sedangkan kambing, ikan di pasar pun kena beli menggunakan duit, inikan perkara penting seperti ini tidak diambil serius?


Duit belanja kahwin yang dipinjamkan dulu, kata nak bayar selepas kahwin, tetapi sampai ke hari ini tiada satu sen pun yang dibayar. Barang hantaran kedua-dua belah pihak, saya yang terpaksa tanggung seorang diri sehingga saya kehabisan beribu-ribu ringgit. Tetapi apa balasan yang saya dapat? Dihina! Tak apa.


Bertepuk sebelah tengan takkan berbunyi kalau si perempuan itu miang, tetapi si lelaki tidak melayan takkan menjadi juga, kan? Tetapi ini tidak, sampai hal dalam kelambu pun diceritakan kepada perempuan itu. Mana saya nak letak maruah seorang isteri? Mana?


Disebabkan itulah saya memilih untuk meninggalkan dia agar dia dapat bersama perempuan itu. Cuma saya berharap dia dapat membayar saya seperti apa yang dia telah janjikan. Jelaskan segala hutang dia pada saya.

Dia bernasib baik lagi kerana saya masih boleh menahan sabar. Ikutkan hati, saya boleh dedahkan nama perempuan itu dan akaun media sosialnya.


Kepada si lelaki, di akhirat nanti kita pasti akan bertemu sebab akan disoal tentang akad yang pernah dijanji. Saya doakan semoga awak bahagia dengan apa yang awak telah telah ambil dan menganiaya saya.


Sebulan saya ditinggalkan tanpa sebarang berita. Tetapi dia sedap-sedap berseronok dengan perempuan itu. Si perempuan dengan berani letak nama lelaki itu di akaun media sosialnya.


Kenapa terdesak sangat? Siap ber-mama, papa. Sedangkan saya yang halal ini pun dia tak pernah panggil begitu. Sebaliknya dia sanggup memanggil saya yang halal ini dengan panggilan 'Lahanat'. Pejam mata saja saya baca semua kecurangan suami.





Inilah jalan yang terbaik, tiada guna kenal bertahun-tahun lamanya tetapi akhirnya jadi begini. Berbulan-bulan saya menghilangkan diri dari Facebook, tiada satu pun gambar atau status yang saya muat naik di Facebook akibat penderaan mental dan fizikal oleh suami. Sampai perniagaan saya sendiri terumbang ambing.


Syukur Alhamdulillah. Saya memang jauh dari keluarga sendiri semasa saya berkahwin. Tetapi satu tahap saya dah rasa tak tahan dan bersuara. Dari situlah satu persatu apa yang terpendam di hati diluarkan. Terima kasih yang tidak terucap kepada keluarga saya yang tidak pernah berhenti memberi semangat pada saya. Saya tidak hilang, dan sentiasa ada. Cuma saya memilih untuk menyendiri dulu kerana itulah jalan yang terbaik.

Dari gemuk jadi kurus seperti jerangkung. 

"Semoga hatiku sentiasa dipenuhi cinta hingga tiada ruang untuknya membenci sesiapa"


Kalau mahu berkahwin, biarlah berkahwin kerana Allah. Jangan kerana disebabkan niat-niat yang menjurus kepada kepentingan diri. Jangan sesekali cuba mengambil kesempatan ke atas kesenangan orang. Sucikan niatmu kerana Allah. Ikhlaskan hati dalam berukhuwah. Kalau mahu berkasih, pastikan niatmu jernih. Biar tulus dan ikhlas tujuannya.


"Saat hati seakan masih liar, sibukkan diri dengan istighfar"

 




0 comments:

Post a Comment

babab.net