Aiman Tino yang sebelum ini baru saja dikatakan mempunyai teman wanita namun kini tersebar pula sekeping gambar Aiman Tino memeluk erat seorang gadis di mana kepala gadis tersebut lentok bersandar di dada penyanyi yang popular dengan lagu Kurela dibenci.
Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri walau bagaimana pun menepis dakwaan berkenaan sebaliknya berkata kedudukan kamera yang merakamkan gambar mereka menampakkan seolah-olah dia sedang memeluk gadis itu.
“Saya harap peminat atau mana-mana pihak tidak salah faham atau buat andaian sendiri apabila melihat gambar tersebut.
“Memang saya mengaku lelaki dalam gambar tersebut adalah saya dan Syarana. Tapi sejujurnya saya tak peluk dia. ”
“Mungkin sisi kamera yang menampakkan sea-akan saya memeluknya,” kata Aiman ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Menurut Aiman, beliau dengan gadis tersebut hanya lah kenalan lama dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.
Malah, dia terkejut apabila diberitahu gambar mereka sudah tersebar di Internet sedangkan ia sudah lama dirakamkan.
“Saya dan Syarana sudah lama berkawan. Antara kami memang tidak ada apa-apa hubungan istimewa.
“Tapi yang saya terkejut, macam mana ia boleh tersebar sedangkan gambar itu sudah lama,” ujarnya.
Menurut Aiman lagi, dia kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan dan akan mengehadkan pergaulan dengan orang luar.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin sebab saya terlalu peramah dan mudah berkawan, takut orang salah faham sahaja,” katanya.
Credit : Mstar Online
0 comments:
Post a Comment