Foto yang dimuat naik Joy pada Ahad lalu itu merupakan salah satu foto untuk promosi produknya, Merve.
Rata-rata netizen berpendapat pakaian itu agak seksi kerana ia seolah-olah menampakkan bahagian dada walaupun memakai inner berwarna kulit.
Sebagai suami, Hafiz Hamidun, 33, turut terpalit sama kerana imej isterinya itu.
Namun mengejutkan apabila Hafiz sendiri tidak mengetahui hal itu kerana tidak follow Instagram milik isterinya itu.
“Saya tak mengikuti Joy di Instagram, jadi saya tak tahu tentang foto tersebut.
“Malah, rasanya isteri dah sekat akaun saya di Instagram dan sebab itu saya tidak boleh lihat foto-foto yang dikongsinya,” demikian alasan Hafiz Hamidun mengenai gambar seksi isterinya yang menjadi bahan kutukan di media sosial.
Dalam masa yang sama, Hafiz juga baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital kerana katanya akibat keracunan makanan.
Bertimpa-timpa pula masalah yang dihadapi oleh Hafiz ketika ini. Harap Hafiz banyak-banyak bersabar ya.
0 comments:
Post a Comment