Friday, 20 October 2017

Filled Under:

Ini Dia Koleksi Tuanku Zara Yang Jelita Dan Bijak


KELUARGA DIRAJA …Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta putera puteri baginda, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya ketika berkenan berangkat ke Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Misa Melayu di Dewan Bandaraya Ipoh, baru-baru ini. -fotoBERNAMA
DULI Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang cantik, bijak dan penyayang dilahirkan pada 22 Mac, 1973, di Ipoh.
Baginda adalah anak bongsu daripada empat adik-beradik dan merupakan anak kepada peguam terkemuka Datuk Salim Davidson dan Datin Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin.
Tuanku Zara adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-24, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah, yang merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Baginda telah menamatkan pengajian awal di peringkat rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Convent dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh.
Selepas tamat persekolahan, baginda mendaftar untuk mengikuti program A-Level di Kolej Prime, Kuala Lumpur.
Baginda lulus dengan kepujian kelas pertama dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Nottingham di Britain.
Apabila kembali dari Britain pada tahun 1995, Tuanku Zara berkhidmat di syarikat petroleum negara, Petronas selama enam tahun sebelum menyertai sebuah syarikat teknologi maklumat, Formis Malaysia Berhad.
Pada tahun 2005, Tuanku Zara telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding hidrokarbon.
Selain bahasa asing, baginda amat meminati bidang sukan, termasuk sukan lasak dan pernah mewakili Perak dalam acara renang ketika zaman persekolahannya serta mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah.
Baginda berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Pada keesokan harinya, baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Puan Besar Perak, dan pada 20 Jun 2014, Raja Permaisuri Perak.
Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah dan seorang puteri, Raja Nazira Safya.

Pada 9 Julai 2007, orkid hibrid ungu dinamakan ‘Dendrobium Tuanku Zara Salim’ sempena lawatan baginda ke Festival Orkid Antarabangsa ke-7.
Pada 1 Januari 2012, baginda telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Baginda juga merupakan penaung Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.





0 comments:

Post a Comment

babab.net