Monday 15 August 2016

Filled Under:

'Angkara Pizza Hut, Nurul Diganggu Lelaki Gatal' Lihat Apa Yang Nurul Buat Selapas Tu.....


Sepatutnya mana-mana syarikat harus menjaga privacy customer. Tak profesional langsung pizza hut ne..

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Nurul Wahab atau nama sebenar Noorul Abdul Wahab, 39, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang kakitangan Pizza Hut yang telah menyebarkan nombor telefonnya kepada pihak ketiga menyebabkan beliau menerima banyak panggilan dari lelaki yang tidak dikenali. 

Dalam kejadian 11 Ogos itu, beliau telah menghubungi Pizza Hut Delivery dan memesan makanan bagi pembantunya di rumah ketika berada di PPUM PJ.

"Panggilan dijawab seperti biasa, cuma saya tercepat order selepas staff Pizza Hut menyebut nama saya kerana mereka sudah ada rekod saya. Cuma caranya itu agak kurang menyenangkan sedikit. Tetapi saya berikan kerjasama dan mengesahkan alamat yang disebutkan. 

"Dengan nada yang senang, dia bertanya apa yang saya mahu pesan. Saya tanya apakah dia 'okay' untuk mengambil pesanan saya? Dia jawab, dia okay cuma tidak gembira dengan cara saya yang terus menerus membuat pesanan ketika dia sedang meminta saya mengesahkan alamat saya. 

"Saya pun kurang senang dan berkata sesuatu kepadannya. Kalau beginilah caranya, saya tak payah order dan saya tamatkan panggilan," katanya.

Sejam kemudian Nurul menerima pelbagai panggilan dan juga mesej di WhatsApp dari orang yang tidak dikenali.

"Salah seorang pemanggil bernama Ah Boy dari Puching berkata dia mendapat gambar dan nombor saya dari seseorang dalam group yang hanya disertai oleh lelaki. katanya saya janda dan boleh menerima sesiapa sahaja," katanya. 

Ekoran itu, beliau mengesyaki kakitangan Pizza Hut yang menjawab panggilannya itu tadi telah memberikan nombor telefonnya kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Nurul juga mempertikaikan bagaimana kakitangan Pizza Hut dengan sewenang-wenangnya mendedahkan nombor pelanggannya kepada pihak lain. 

Bimbang dengan keselamatan diri dan anak-anak, beliau telah membuat laporan polis pada 12 Ogos lalu bagi tujuan perlindungan. 

Pihak Pizza Hut juga telah mengambil maklum mengenai perkara itu dan kakitangan terbabit telah digantung kerja.

Nourul mengaku bahawa dia tersebut satu perkataan kesat sebelum menamatkan panggilan itu yang mungkin menyebabkan kakitangan Pizza Hut berusia muda itu berang dan menyebarkan nombornya. Bagaimanapun tidak disengajakan kerana terlalu stress dengan kakitangan terbabit. 

Nourul sedang mempertimbangkan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah berserta dengan segala bukti panggilan dan sms yang diperolehinya. 





0 comments:

Post a Comment

babab.net