Tuesday 16 August 2016

Filled Under:

Ella Kita Sahkan Dia Berhijab Sepenuhnya- Foto Terkini


Sungguh cantik apabila sudah bertudung, kita ratu rock menjadi ratu hijab terbaru.

RATU rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 50, berkata dia membuat keputusan untuk bertudung sejak Ramadan lalu selepas merasakan sudah masanya untuk dia mengubah penampilannya ke arah yang lebih baik.

Tambah Ella, dia berasa lebih tenang dan yakin dengan perubahan dan penambilan baharunya itu.
“Saya tidak tahu nak cakap macam mana tentang perasaan saya, tapi yang penting saya berasa tenang sangat.
“Pada Ramadan lalu, saya berbual dengan suami tentang tudung dan dia bertanya adakah saya mahu bertudung, jadi saya terus menjawab ya saya mahu bertudung.
“Suami berasa gembira dengan keputusan saya dan dia menyokong saya sepenuhya,” katanya kepada mStar Online.
Pelantun lagu Retak itu berkata dia mula mendapat dorongan untuk bertudung sepenuhnya daripada kakaknya, Jojie yang sudah bertudung lebih awal daripanya. -MYNEWSHUB.CC





0 comments:

Post a Comment

babab.net