Sunday 14 August 2016

Filled Under:

Manusia Kejam Sanggup Buat Macam Ini Pada Kucing. VIRALKAN


Mana sikap manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir baik dan buruk. Cuba kalau orang buat dekat kau macam ini. Sakit tak agak-agak???

TANPA perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila badannya ditetak berkali-kali dengan objek tajam sehingga menampakkan isi dagingnya.
Tidak diketahui apakah punca sebenar, kucing yang bergelar Tam itu telah dijumpai oleh pemiliknya ketika dia hendak memberikan haiwan tersebut makanan.

Pemiliknya yang terkejut dengan keadaan haiwan kesayangannya itu terus bergegas membawanya ke klinik veterinar berhampiran dan mujurlah doktor memberitahu bahawa kecederaan yang menimpa haiwan terbabit tidak mengakibatkan kepatahan tulang.



Posting berkaitan kejadian kekejaman terhadap haiwan kesayangan Rasulluah ini telah membuat netizen di media sosial mengecam tindakan pelaku yang disifatkan keterlaluan.

Meskipun haiwan tersebut ada melakukan sesuatu yang diluar dugaan kepada pelaku, sanggupkah anda menetak haiwan tersebut sehingga ‘terburai’ seperti ini?



Adalah berdosa besar bagi sesiapa yang melakukan penganiayaan sesama makhluk tuhan.
Menurut maklumat, Tam menerima puluhan jahitan dan dilaporkan semakin sihat yang kini berada dalam jagaan pemiliknya.-MYNEWSHUB.CC






0 comments:

Post a Comment

babab.net