Friday 12 August 2016

Filled Under:

Luahan Isteri ' Anak Pertama Sampai Kelima Saya Sorang Je Ke Klinik'


Suami kejam mana yang sanggup buat isterinya begini. Anak dalam kandungan tu adalah anak engkau wahai si suami.

Semasa saya berada di airport, ternampak seorang wanita membawa lima orang anak yang semuanya masih kecil-kecil lagi. Saya sebak melihat keadaan wanita itu begitu. Dia boleh menguruskan lima orang anak seorang diri. Dia bawa satu beg yang di dalamnya ada tiket dan semua dokumen penting anak-anak. Dengan anak menangis, bergaduh, menjerit dan yang nak susu. Tolak dan bawa barang yang banyak. Ya Allah..

Dalam hati saya berdoa, "Ya Allah, sayangilah isteriku di rumah. Sayangilah ibuku. Terasa sebak bila melihat tugas wanita, siang malam uruskan semua seorang diri. Ke mana-mana uruskan anak dan diri seorang diri. Itulah hidup mereka sampai bila-bila. YA Allah..

Dia menegur saya, meminta saya bergambar dengan anak-anaknya di airport. Dia minta saya menjaga anak-anaknya sekejap kerana dia mahu ke bilik air. Biasanya, seorang wanita masuk ke bilik air, bawa anak-anak kecil semua. Ya Allah, kasihan kan?

Kemudian dia menangis dan bercerita. 

"Kenapa lelaki ini susah nak memahami kami? Saya jaga anak-anak ini seorang diri. Suami seperti tiada perasaan. Dia sentiasa marahkan saya di rumah. Kuat mengamuk, langsung tidak membantu buat kerja rumah.

"Bila dia balik, saya buatkan air. Dia tak pernah pandang muka saya. Bila saya tanya, dia jawab macam tak nak jawab. Bila saya bercerita, dia tidak pernah mendengar. Pernah saya mengadu yang saya sakit lengan dan pinggang kerana uruskan anak-anak.

"Biasalah tu. Rehatlah atau pergilah ke klinik," kata suami. 

"Bila saya baru nak berehat dan minta dia tolong jaga naak-anak seketika, dia terus marah saya. 

"Saya pun penat. Awak bukan kerja pun, jagalah anak-anak ini!" kata suami. 

"Setiap kali saya ajak pergi klinik, dia beri alasan sibuk. Dari anak pertama sampai sudah, saya terpaksa pergi ke klinik seorang diri untuk check up. Kalau dia datang pun, dia duduk berjauhan dari saya atau hanya sekadar menunggu di dalam kereta. 

"Dia tak pernah tanya apa-apa pun. Tak pernah nak bermain dengan anak-anak. Saya sambil masak, sambil berlari uruskan semua dan bermain denga nanak-anak. Saya buang sampah, kemas baju kotor, rumah bersepah, nasihat dan ajar anak-anak. Bila saya tak sengaja melakukan kesilapan, dia maki saya. 

"Ini saya nak balik ke kampung. Dia langsung tak hantar ke airport dan beri alasan dia sibuk bekerja. Saya pergi dan uruskan semuanya sendiri. Memang semua lelaki begitu ke ustaz? Kenapa jadi begini?

"Bila saya sebut tentang duit, mesti dia ungkit semuanya yang dia penat bekerja mencari duit tetapi duit tak pernah cukup. Saya minta dan gunakan duit itu pun untuk membeli barang dapur dan kelengkapan rumah. 

"Syukur saya mendengar ceramah ustaz dan baca buku Tangisan Umat. Ia seperti mengubat kesedihan hati saya. Menangis dan air mata mengalir bila membaca buku ustaz. Betul ustaz, lega bila ada orang nak mendengar. Kita bukan nak marah suami, cuma nak meluahkan. Tapi bila diluah, jadi pergaduhan pula. Saya sayang dan cintakan suami saya. Dia juga menyayangi saya. Saya mahu mahligai syurga bersama suami," luahnya panjang lebar. 

Saya sebak kerana wanita memang hebat dan istimewa di sisi Allah. Orang kuat berkhidmat dengan ikhlas sentiasa dapat dekat dengan Allah dan disayangi Allah. Hati mereka lembut, suci, berkat dan suka memberi khidmat. 

Oleh itu, hargailah isteri. Luangkan masa untuk mendengar, melihat mereka dan menghargai mereka. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk suami dan agama bila mereka dicintai dan dihargai. Mereka lembut dan hati mereka lembut. Berilah pujian penghargaan, tengok mereka. Beri hadiah, bantu isteri buat kerja rumah, beri nafkah. Dengarlah mereka, fahamilah mereka kerana mereka sudah tiada siapa-siapa dan apa-apa lagi. Hanya untuk suami dan anak-anak serta semuanya hanya kerana Allah. 

Saya tidak tahu kenapa kita tergamak menyakiti hati orang yang kita sayang. Masa saya nak keluar urmah tadi, saya menangis. Saya rindu isteri saya. Kalau makan sedap, saya mesti tak ada selera makan kerana nak bawa ibubapa dan isteri saya makan dulu. Saya selalu menangis rindu pada keluarga.

Bila dapat bersama, bermanja, melihat isteri berehat dan senyum, itulah nikmat dalam hidup saya. Saya teramat sayang pada isteri. Tetapi saya juga banyak kelemahan dan sentiasa berdoa ingin menjadi yang terbaik buat isteri saya. Saya memang terlalu hormat pada ibu dan isteri saya sebab saya melihat ibu dan isteri saya siang malam berkorban untuk saya. Senyuman mereka bahagia buat saya. Saya takkan berhenti dan boleh duduk diam jika mereka bersedih. Biarlah air mata kegembiraan asbab diriku ini. 

Ramai lelaki yang baik seperti ini di mana-mana saya jumpa. Begitulah betapa korbannya wanita di luar sana. Sayangi dan hargai mereka, jangan sia-siakan mereka. Masa akan tiba tidak lama, pasti kita kana menyesal. Itulah hari penyesalan. I love you bidadariku sayang Airis HayFarayqal. - Ebit Lew | PIXEL MEDIA





0 comments:

Post a Comment

babab.net