Friday 12 August 2016

Filled Under:

VIRAL- Tesco Dapat Pujian Dari Pelanggan Apabila Dapat Bagi Jawapan Superb.


Tengah trending di media sosial isu Tesco menjawab pertanyaan dari pelanggan. Ini respon tesco yang paling awesome. 

Viral di media sosial hari ini mengenai aduan seorang pelanggan yang menemui seekor ulat dalam sayur kobis yang dibeli di pasar raya Tesco. 

Abigail Louise Tysoe, membuat aduan dengan penuh 'kesopanan' itu di laman Facebook rasmi Tesco semalam, mendapat 23,900 perkongsian dan 25,000 likes. 


Beberapa jam kemudian, Pegawai Khidmat Pelanggan Tesco, Stefan, tampil memberikan maklumbalas terhadap aduan Abigail. Menariknya, Tesco memilih untuk menjawab aduan itu mengikut 'jalan cerita' yang dibuat oleh Abigail. 




Maklumbalas Tesco itu saja telah mendapat 40,992 likes dari netizen kerana ianya satu jenis maklumbalas yang paling sempoi dibuat oleh Tesco. Selain itu, netizen juga turut memuji Stefan yang dilihat begitu enjoy dengan kerjanya selain mempunyai PR yang baik dalam menangani aduan pelanggan.


Sikap tenang sebeginilah yang harus dijadikan sebagai contoh oleh para peniaga di luar sana tak kira peniaga besar mahupun peniaga kecil-kecilan. Memang pelanggan ini banyak ragamnya, jika kita pandai memujuk dan menenangkan hati mereka, nescaya mereka berpotensi menjadi pelanggan setia kita. - PIXEL MEDIA





0 comments:

Post a Comment

babab.net