Thursday 18 August 2016

Filled Under:

Manusia Kau Boleh Buat Macam Binatang Ye...


IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 2 tahun ditinggalkan dalam kotak di tepi jalan, 30 Julai lalu, lapor Harian Metro

Keadaan terkini Kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru itu dikatakan dalam keadaan kritikal dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana mengalami pendarahan otak. 

Menurut pihak berkuasa, mangsa ditinggalkan ditepi jalan berkenaan lebih kurang pada jam 1:30 tengah hari sebelum ditemui oleh orang awam. 

Polis kini sedang giat mengesan waris mangsa dan memohon bantuan orang ramai juga turut sama mencari warisnya. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11 Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-5249091 atau 05-2451628/1629. 





0 comments:

Post a Comment

babab.net