Tuesday 16 August 2016

Filled Under:

VIRAL Kanak-Kanak 8 Tahun Dipaksa Berkahwin Dengan Orang Tua Berumur 40 Tahun, Selepas Seminggu Lihat Apa Terjadi...


Apa pandangan anda isu orang tua berkahwin dengan orang muda yang menjadi fenomena di seluruh dunia buat masa kini..



Seorang kanak-kanak perempuan yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki tua dilaporkan telah meninggal dunia akibat ‘kecederaan dalaman’ yang dialami pada malam perkahwinannya.

Gadis lapan tahun itu, yang dikenali sebagai Rawan, telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia 40 tahun oleh keluarganya.

Beliau meninggal dunia di kawasan barat Yemen, berhampiran dengan sempadan dengan Arab Saudi.

Pejuang hak asasi manusia, sedang menjalankan kempen untuk menuntut agar pengantin lelaki dan keluarganya kanak-kanak tersebut ditangkap.


Para aktivis tersebut berharap kematian kanak-kanak itu akan menghentikan amalan berkahwin dengan kanak-kanak kecil yang dikatakan semakin berleluasa di negara itu.

Ramai pihak yang mengecam tindakan tersebut dengan mengatakan ‘keluarga Rawan ‘bukan manusia’. Mereka tidak layak untuk mempunyai anak-anak.’

Faktor kemiskinan dikatakan antara punca utama mereka mengahwinkan anak-anak yang masih kecil kerana dikatakan menerima beratus-ratus pound sebagai ‘mas kahwin’.

Malah menurut satu laporan, satu per empat daripada penduduk wanita Yaman berkahwin sebelum mencapai usia 15 tahun.

Para aktivis di negara itu, mendesak agar Parlimen membatalkan undang-undang yang memberi kebenaran kepada ibu-bapa mengahwinkan anak-anak mereka yang dirasakan telah ‘bersedia’. via BERITA HARIAN NET







0 comments:

Post a Comment

babab.net