Sunday 4 September 2016

Filled Under:

Rahsia Perkahwinan Bahagia Pasangan Ini Tanpa Hantaran...


The deepest secret? Nah! Aku dedahkan!

Kecoh juga tentang hantaran tinggilah, keluarga bakal mentua minta macam-macamlah, sampai kahwin pun terpaksa dibatalkan. Ini aku nak cerita tentang perkahwinan aku, kalau korang nak bacalah. Hehe! First time aku cerita ni, nak bagi korang buka mata sikit. 

Aku kenal dengan isteri aku, Salmah Abd Salim, semasa aku bekerja di Mydin. Masa itu pun aku cuma ada motosikal buruk, handle senget. Tidak lama selepas itu, motosikal pun kena tarik sebab dah lama tak mampu bayar. Duit gaji habis untuk tunaikan satu tanggungjawab yang wajib aku buat setiap bulan. Kemudian, dia bagi aku guna motosikal dia untuk pergi kerja. 

Kenal tiga bulan terus aku ajak dia berkahwin sebab aku rasa she's the one. Masa nak ajak kahwin, aku beritahu yang aku memang tak ada duit, hidup pun merempat, duit gaji habis untuk tunaikan kewajipan aku. Tetapi aku ikhlas mahu membina hubungan yang halal dengan dia. 

"Tak apa, kita cari duit bersama-sama selepas kahwin," katanya. 

Bayangkan, keluarga dia bagi anak mereka berkahwin dengan aku tanpa satu sen pun duit hantarannya. Ada duit Mas Kahwin sahaja. Yang sebelah aku yang datang pun hanya adik beradik dengan mak aku saja. Diorang pun macam malu nak datang sebab tahu aku ambil anak orang tak bagi duit.

Selepas kahwin, aku cakap yang aku nak berhenti kerja dan buat bisnes. Isteri tanya nak buat bisnes apa. Aku beritahu, bisnes yang tak pakai modal, cuma bisnes kereta sewa sajalah sebab aku tak suka buat loan. Isteri setuju dan bagi semangat pada aku. 

Aku gunakan nama dia untuk keluarkan 4 buah kereta Perodua sekali jalan sebab dia kerja bagus. Hehe! Maklumlah aku pernah kerja salesman sebelum kerja di Mydin dulu. Starting bisnes yang tak keluar sesen juga dan siap dapat komisen lagi. 

Masa mula-mula bisnes agak struggle juga. Rasanya 3-4 bulan aku tak ada untung pun. Income cuma lepas bayar duit kereta sahaja. Tetapi isteri sentiasa berada di belakang aku. 

"Tak apa, ada rezekinya tu. Yang penting, payment orang kena bayar tepat pada masanya, amanah orang kena jaga," katanya. 

Alhamdulillah selepas dua tahun setengah berbisnes, kereta semakin bertambah. Akaun syarikat pun sudah mula stabil sehingga kami mampu keluarkan 3-4 buah kereta sebulan. Perniagaan pun sudah berstatus Sdn Bhd. Jumlah kerepa pun semakin menghampiri angka 30 seperti umur aku menghampiri angka itu. Anak pun dah dapat dua. Hehe!

Dari sebuah motosikal senget, aku dah ada deretan kereta dan MPV termasuklah kereta idaman, si oren. Dari beroperasi di rumah, sekarang dah ada pejabat sendiri. Dari rumah sempit, sekarang dah memiliki rumah teres tiga tingkat (semoga dijauhkan dari sifat riak). 

Walaupun hidup tidaklah semewah orang lain, tetapi aku bersyukur sebab aku berjaya mencapai sesuatu yang dulu aku anggap mustahil. Berkat tak tipu orang, jaga amanah orang, jaga kepercayaan orang dan paling penting, berkat doa mak aku dan mentua. Tak terbalas budi mentua pada aku yang mereka bagi anak mereka pada aku tanpa minta satu sen pun. Selagi dimurahkan rezeki, izinkan aku menabur secebis jasa selagi masih bernyawa. 

Aku datang dalam hidupnya sehelai sepinggang, tetapi dia masih menerima aku, begitu juga dengan keluarganya. 

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"

Jadi, pointnya di sini ialah, kahwin tanpa hantaran masih boleh bahagia beb! 





0 comments:

Post a Comment

babab.net