Sunday 4 September 2016

Filled Under:

Saya Dah Separuh Mati Dia Boleh Curang Dengan Saya..

Di kala isteri sedang berpantang dan menjaga bayinya, si suami pula tanpa rasa bersalah makan di luar. Tidak cukup dengan itu, si suami pula tergamak benar memburuk-burukkan isteri sendiri. Padahal wanita itulah yang dia pernah janjikan cinta, kasih sayang untuk selamanya. 

Meskipun sudah mengetahui bahawa lelaki itu adalah suami orang, gadis itu tetap juga mahu meneruskan hubungan. Siap menghasut lelaki itu bencikan isterinya. 

"Salam admin, saya nak kongsikan kisah saya. Usia perkahwinan saya baru dua tahun dan baru dikurniakan seorang bayi lelaki berusia sebulan. Dalam sibuk saya berpantang, suami bermain kayu tingga dengan perempuan lain. Betapa hancur luluh hati saya," katanya.

"Suami salahkan saya tidak menjaga minumnya menyebabkan dia curang. Dia boleh salahkan saya tak selalu bersms dengannya, sedangkan saya sibuk menguruskan anak seorang diri. Nak makan pun tak sempat," katanya. 

Menurutnya, mereka hanya berjumpa di waktu hujung minggu sahaja disebab tempat kerjanya di Kuala Lumpur, manakala suami pula di Melaka. Dia juga tahu bahawa suaminya telah lama melakukan perbuatan itu, namun banyak mendiamkan diri. 

"Dia langsung tidak menghargai saya. 20 jam saya bertarung nyawa nak memberi dia zuriat, sakit perut sampai kena belah. Sehingga kini masih terasa bisanya," katanya. 





Meskipun telah lama menyedari perbuatan lelaki itu, namun kali ini dia mempunyai bukti kukuh di mana suaminya terlupa memadamkan perbualannya bersama teman wanitanya itu. 

Kini, dia dalam dilema sama ada mahu memaafkan atau bertahan kerana masih ada anak kecil. -THE REPORTER






0 comments:

Post a Comment

babab.net