Thursday 1 September 2016

Filled Under:

Sedih Keadaan Mayat Bayi Sempurna DiJumpai Selepas Solat Subuh.


KUANTAN - Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di tempat mengambil wuduk di Masjid Kampung Baru. 

Dalam penemuan jam 5.50 pagi itu, mayat bayi tersebut ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain berwarna kuning oleh bilal masjid yang mahu mengazankan solat Subuh, lapor Bernama. 

Siasatan awal pihak polis mendapati, bayi malang itu dipercayai ditinggalkan di masjid tersebut sejak malam tadi selepas semua jemaah pulang, sejurus selesai solat Isyak. 

"Mayat bayi itu ditemui berbalut dengan kain, dipercayai ditinggalkan antara jam 10.30 malam tadi," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan S. Somu. 

Mayat telah dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. 

Polis menyeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Bentong, Asisten Superintendan Ashari Abu Samah di talian 09-2222222. 





0 comments:

Post a Comment

babab.net