Thursday 8 June 2017

Filled Under:

Suami dan isterinya yang hamil maut dilanggar serta diseret 100 meter


PUTRAJAYA - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar dan diseret sebuah kereta pacuan empat roda di lebuh raya MEX, menghala ke Putrajaya.

Muhammad Jabrullah dan isterinya Nur E'ezati yang merupakan kakitangan KPJ Tawakkal maut dalam kemalangan itu pada petang semalam.

Difahamkan, pasangan ini baru saja mendirikan rumahtangga September tahun lalu dan si isteri dikhabar sedang hamil anak sulung mereka.

Dalam kejadian petang semalam, motosikal yang dinaiki pasangan itu dilanggar dan diseret sejauh 100 meter oleh sebuah kereta pacuan empat roda, Toyota Hilux.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku kerana pemandu wanita berkenaan tertidur dan tidak menyedari motosikal pasangan itu yang diseretnya sejauh 100 meter.

Menurut rakan mangsa, Aishah, jenazah pasangan itu telah dibawa ke Kedah dan dikebumikan di kampung mereka.

"Sesungguhnya ajal itu rahsia Allah. Allahuakbar. Innalillahiwainnailahirajion. Alfatihah buat arwah Jabar dan isteri.

"Kedua-duanya adalah kakitangan KPJ Tawakkal. Friendly and always smile. Allahu. Saya masih terkejut dan tidak percaya. This is so heart breaking.

"Motosikal arwah terseret sejauh 100 meter dan owner Hilux kata tak perasan. Dia tertidur. Allahuakbar. Jarak antara arwah Jabat dan arwah Kak Zati dalam 10-20 meter.

"Post mortem telah dibuat dan arwah Kak Zati tengah mengandung anak sulung. Mereka baru berkahwin bulan September tahun lalu.

1

"Kedua-dua jenazah dibawa ke Kedah dan disemadikan di sana. Di hospital hari ini mesti suram. Semoga Allah tempatkan kalian di syurgaNya. Semoga kalian tenang dan damailah," tulis Aishah.





0 comments:

Post a Comment

babab.net