Saturday 19 August 2017

Filled Under:

Iklan Pelik Nak Jual Buah Atau Nak Jual Tudung ?


Adat berniaga untuk memasarkan produk jualan mestilah ada sesuatu yang diluar kotak fikiran. Lain dari yang lain supaya dapat menarik perhatian para pelanggan yang ada.

Mungkin disebabkan itu jugalah lahirnya satu iklan yang memaparkan beberapa orang model untuk mempromosikan tudung.

Apa yang peliknya iklan jual tudung? Tengok dulu video yang tular di Facebook baru-baru ini.


Sekali tengok memang cantik-cantik belaka modelnya, di samping menggayakan tudung, menari-nari pula. Siap pegang rambutan, nanas, petai, tembikai dan durian.

Tidak dapat dipastikan apa kaitan antara elemen-elemen yang ditonjolkan dalam iklan tersebut tapi ianya berjaya mendapat perhatian dari ramai netizen.

Biasalah, mestilah lebih banyak kejian dari pujian bila rata-ratanya mengatakan model-model yang ditampilkan menggedik-gedik pula. Ada juga yang mendakwa iklan ini membawa unsur seksual dan sebagainya.

"Apa yang kau nak sampaikan sebenarnya. Duk gedik-gedik tayang buah, nak jual apa?"

"Geli aku tengok acah model Muslimah. Macam dah tak ada malu."

"Orang dah duk tayang buah, kita tengok jelah, rezeki."



Setakat ini masih belum ada penjelasan di sebalik makna iklan yang boleh dikatakan sebagai 'terlajak' kreatif ini

Sumber : kakishare.my





0 comments:

Post a Comment

babab.net