Sunday 17 September 2017

Filled Under:

'saya kena paksa usap barang ayah'


“Inilah kes paling keji pernah aku lapor sepanjang 22 tahun jadi reporter,” luah seorang wartawan ketika hadir perbicaraan seorang bapa liwat anak perempuannya tiga kali sehari secara konsisten!
Lebih pilu, anaknya itu baru berusia 13 tahun ketika kali pertama dizalimi bapanya.
Sang bapa mula meliwatnya sejak Januari dan berterusan hingga Julai kecuali sebelum Ramadan dan hari pertama sebelum bulan puasa bermula pada Mei lalu.
Jumlah mangsa diliwat bapanya 591 kali! Astagfirullahalazim.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh meliwat anak perempuannya buat pertama kali semasa mereka mengerjakan Umrah di Makkah pada 3 April, 2015.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 48 tahun dan 24 kali sebatan ke atas bapa durjana itu.
Betul atau tidak? Setiap kali kes-kes sebegini dilaporkan, ibu-ibu mula curiga pada pasangan masing-masing. Dalam hati berdoa sungguh-sungguh agar dijauhkan malapetaka seperti ini dalam keluarganya.
Ketika ini juga, ibu-ibu tunggal yang hak penjagaan anaknya dibahagi-bahagi kepada bekas suami ibarat cacing kepanasan dan hanya mampu berharap anaknya, baik lelaki atau perempuan dilindungi daripada malapetaka seperti itu.
Zaman sekarang, bukan hanya anak perempuan yang kita risaukan. Tapi juga anak lelaki!
Ketika inilah kita lihat keperluan untuk setiap kategori individu mempunyai ilmu. Ilmu apa? Ilmu Seskss.
1) Suami – Seskss para suami terbahagi kepada tiga jenis. Pertama, seskss normal. Lelaki jenis ini memiliki keinginan seskss yang normal dengan kadar kekerapan tertentu, yang akan dipuaskan isterinya.
Kedua, suami yang ada masalah batin yang sentiasa menjauhi sang isteri. Lelaki jenis ini bukan hanya menderita keinginan seskss yang tidak puas tetapi juga mendera batin sang isteri. Suami seperti ini semakin ramai di Malaysia dan mereka enggan mencari jalan penyelesaian sama ada berjumpa doktor kerana malu serta ego.
Ketiga, suami yang nafsu sekssnya tinggi atau memiliki nafsu seskss yang pelik seperti sukakan sekss luar tabii. Juga semakin ramai lelaki yang sukakan kaum sejenis.
KEPERLUAN ADA ILMU : Setiap lelaki tahu/sedar tahap keinginan seskssnya. Malah mereka tahu/sedar sama ada mereka ada masalah batin atau tidak. Serta mereka tahu/sedar mereka ada nafsu seskss yang extra/pelik.
Ketika inilah, mereka perlu menuntut ilmu untuk bagaimana mereka boleh memperbaiki/mengawal nafsu sesks masing-masing, sebelum ia bertukar menjadi sesuatu di luar pertimbangannya.
Bagi yang memiliki sesks normal, mereka juga perlu penuhkan ilmu di dada untuk menawan sang isteri agar memenuhi tuntutan sesksnya – agar tidak kecewa di ranjang.
Bagi lelaki yang punya masalah batin, mahu atau tidak, mereka perlu ada ilmu untuk mereka selesaikan masalah yang mendera batinnya serta isterinya. Mereka perlu sedar, akibat sikap ego sang isteri hanya akan menjadi murung malah kadar perkelahian serta perceraian hanya berada dihujung ‘corner’.
Dan ilmu juga amat penting kepada lelaki yang memiliki nafsu sesks yang extra, songsang serta pelik. Ilmu apa? Ilmu bagaimana mereka boleh mengawal nafsu sesks itu agar ia terkawal dan tidak menguasai diri hingga hilang pertimbangan. Pahit untuk ditelan, kebanyakan suami bertindak di luar kawalan, apabila nafsu sesksnya gagal dipenuhi sang isteri.
Seperti apa yang berlaku kepada bapa durjana, yang meliwat anaknya tiga kali sehari ibarat makan nasi!
Hanya ilmu (selain iman di dada) yang dapat membendung serta mengelakkan perkara sebegini membarah dalam masyarakat kita!
2) Isteri – Sesks isteri pula terbahagi kepada beberapa jenis. Pertama, keinginan sesks normal. Yang kadang kala ada pasang surutnya – bergantung kepada faktor letih atau tidak.
Kedua, nafsu sesks yang tinggi. Mungkin keinginannya melebihi sesks sang suami – yang mungkin kesemuanya dipenuhi atau juga tidak. Jangan terkejut ada isteri yang mendera suami kerana keinginan sesksnya tidak dipenuhi.
Ketiga, keinginan sesks songsang. Lesbian mungkin atau isteri yang sukakan sesks luar tabii.
KEPERLUAN ADA ILMU: Iya, isteri juga perlukan ilmu. Ilmu untuk menambahkan/mewujudkan lebih sensasi dalam hubungan sesks dengan suaminya. Agar sang suami puas dan menikmati layanan sang isteri kepadanya. Ini sekaligus akan menutup serta menghalang suaminya makan luar atau mensasarkan nafsu sesksnya pada bukan orang lain tetapi pada darah dagingnya sendiri!
Isteri yang menderita batin akibat sang suami ada masalah batin juga perlukan ilmu! Jangan hanya menunggu, merintih, meratapi nasib. Lakukan sesuatu. Cari ilmu untuk bagaimana mahu takcle suami pergi berubat. Jika sang suami segan/malu/ego untuk mengubati dirinya sendiri, isteri perlu berbuat sesuatu. Jika tidak dihujung sana, isteri terdedah kepada penyakit kemurungan, gejala curang dengan lelaki lain atau paling buruk, si isteri mungkin akan mengalih seleranya pada kaum sejenis. Siapa tahu!
Juga, isteri yang sedar nafsu sesks suaminya extra dan ada selera yang pelik-pelik (sesks luar tabii umpamanya) juga harus ada ilmu untuk bagaimana mahu melayani atau mengawal keinginan sesks suaminya. Jika sang isteri tahu dia tidak mampu memenuhinya, dan mengabaikannya begitu sahaja, dia sebenarnya merisikokan anak-anaknya sendiri. Ketika inilah, sang suami mula mensasarkan orang yang terdekat untuk melampiaskan nafsunya yang tidak dipenuhi isteri! Bahaya bukan? Oleh itu, tuntutlah ilmu atau berikhtiarlah untuk selamat suami daripada tenggelam dengan arus nafsu dan selamatkan anak-anak kita daripada kerakusan serakah suami durjana!
3) Anak
Banyak pihak tidak melihat kepentingan anak-anak diberikan pendidikan sesks daripada awal. Jika dulu mungkin ya. Ia tidak diperlukan. Namun bukan pada zaman ini.
Zaman ini semuanya semakin gila. Malah pahit untuk ditelan, anak-anak muda kini semakin ramai yang sudah tiada teruna dan dara pada usia yang begitu muda.
Banyak faktor antaranya, internet tanpa sempadan, ibubapa yang sibuk bekerja hingga anak hilang kasih sayang serta perhatian. pengaruh rakan sebaya dan banyak lagi.
Namun masih ada anak-anak yang naif dan tidak tahu mara bahaya sesks kepadanya. Anak-anak perlu diceritakan apa pantang larang ke atasnya. Contoh, dia perlu tahu limit sentuhan bapa/saudara lelaki ke atasnya. Mereka juga perlu dilatih agar memberitahu ibu/bapa jika ada individu yang secara sengaja menyentuh tempat-tempat sulitnya.
Dengan itu, dia dapat mengelakkan dirinya sedari awal daripada menjadi mangsa nafsu serakah lelaki durjana di luar sana.
Dan ketika ini, kita sebagai ibu bapa harus berlapang dada dan menyokong anak-anak agar mereka tahu, mereka ada ibubapa yang memprcayainya. Keyakinan ibubapa amat penting buat sang anak. Jika tidak mereka akan lebih selesa mendiamkan diri kerana tahu tiada siapa yang akan mempercayainya!
Kongklusinya, ILMU.
Pentingnya ilmu untuk menjamin kehidupan yang lebih baik kepada semua pihak dalam segenap aspek.
Silap banyak pihak adalah, mereka hanya membaca buku ‘Menuju Ke Gerbang Perkahwinan’. Selepas berkahwin mereka lupa untuk terus membaca buku-buku seperti ‘Tips Bagaimana Mahu Membahagiakan Pasangan’. ‘Tips Tawan Perut SUami’, ‘Petua Untuk Jadi Pasangan Romantis’, ‘Lemah Batin? Apa Nak Buat?’ dan sebagainya.
Menuntut ilmu tidak akan selesai, hingga terputusnya nyawa dari badan. Oleh itu, marilah kita menuntut ilmu, untuk kehidupan yang lebih baik.
‘Selamatkan maruah anak-anak kita’. Mulakan daripada sekarang!





0 comments:

Post a Comment

babab.net