Thursday 11 August 2016

Filled Under:

Memberku Yang Gila ' Asyik Puji Badan Bini Aku Merecik'


Sapa tak sakit hati woi, yang kau asyik puji bini aku apahal kau duk usha je bini aku atas bawah apa hal.

Aku sudah berkahwin, masing-masing berumur 26 tahun dan kami dikurniakan dua orang anak. Alhamdulillah sepanjang perkahwinan, aku bahagia. Kalau gaduh-gaduh kecil itu, ada juga. Itu pun lumrah kehidupan kan? Biasalah. 

Yang aku sakit hati ialah, ada seorang kawan aku yang selalu sangat memuji isteri aku. Pernah sekali aku ajak isteri pergi kenduri member, tiba-tiba member aku tanya isteri aku makan apa. Aku jawablah isteri aku makan nasi saja. 

Isteri aku ini memang gemar menjaga badan dari dulu lagi. Bermacam-macam jenis jamu yang dia makan. Kalau air batu memang dia berpantang. Langsung tak disentuhnya air batu. Layanan dia pada aku memang tip top, dari A to Z. Sebab itu aku sayang sangat-sangat pada dia. 

Dia juga seorang yang berdikari. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan usahkan sendiri. Jamu-jamu yang dia makan itu dibeli menggunakan duit usahanya sendiri. Aku sendiri pun tak tahu dari mana dia memiliki duit, sedangkan dia hanya seorang surirumah sahaja. 

Berbalik kepada cerita member aku tadi, aku terlalu geram yang dia kerap memuji isteri aku dan isteri pun tak tahu tentang perkara ini. Bila balik ke rumah, aku sorok semua jamu-jamu yang dia makan. Bila tengok dia tercari-cari, rasa kasihan pula. Tetapi geram sangat bila member aku asyik memuji dia sahaja. 

Maaflah kalau cerita kau tak menarik sebab tak pandai nak karang. - KRT

Nota kaki: Bahaya kalau sahabat asyik memuji isteri kita. Itu petandanya sahabat kita sebenarnya syok pada isteri kita. Kalau lelaki lain sudah tertarik pada isteri, suami yang kena tanggung dosa. Itu baru seorang yang berani bersuara. Bayangkan kalau ada lelaki lain yang bernafsu dengan isteri kita? 

Solusinya, nasihatkanlah isteri untuk memakai jubah, tudung labuh dan niqab. yang berlandaskan syariat Islam. Barulah terhindar dari fitnah. Ingat, isteri jaga badan untuk suami sahaja bukan untuk lelaki lain. Jangan lupa kembalikan jamu-jamu miliknya. Semoga bahagia.  





0 comments:

Post a Comment

babab.net